Utusan Borneo (Sabah)

PELABUR JERMAN KE SABAH

Keunikan negeri ini mampu tarik ramai pelancong

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sabah berpotensi untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara Jerman dengan menawarkan keunikan serta keindahan alam semula jadi dalam negeri ini.

Duta Jerman ke Malaysia Nikolaus Graf Lambsdorff berkata, satu usaha akan dilakukan untuk menarik pelabur dari Jerman untuk membuka operasi di Sabah, khususnya dalam sektor pelanconga­n.

“Dalam masa terdekat, satu syarikat besar dari Jerman akan melawat Malaysia untuk melihat peluang pelaburan dan saya mahu mereka turut datang ke Sabah bagi tujuan itu.

“Sabah kaya dengan sumber alam sekitar yang boleh ditawarkan dalam sektor pelanconga­n... sekiranya berjaya saya berharap jumlah pelancong khususnya dari Jerman akan meningkat di sini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di pejabatnya pada Isnin.

Beliau berkata, sebelum ini pelabur dari negara itu hanya tertumpu di Pulau Pinang atau Lembah Klang tetapi pihaknya ingin kebarangka­lian pelaburan itu boleh sampai ke Sabah.

Katanya, kini terdapat juga penerbanga­n terus dari Frankfurt, Jerman ke Kuala Lumpur lima kali seminggu dan pihaknya percaya pelancong dari negara itu boleh sampai ke Sabah.

“Potensi pelaburan dalam pelanconga­n ini adalah bersifat luar biasa kerana Sabah dikurniaka­n hutan hujan semula jadi.

“Masyarakat Jerman sangat suka menikmati keindahan semula jadi, mereka sanggup merantau sehingga New Zealand hanya untuk melihat keunikan alam semula jadi,” katanya.

Nikolaus juga yakin Sabah mampu menawarkan keindahan semula jadi seperti mana yang ditawarkan New Zealand.

Selain itu katanya, kunjungan dilakukan kerana pihaknya turut ingin mengenal lebih rapat dengan Ketua Menteri dan kerajaan baharu di sini.

“Saya ingin melihat keadaan situasi politik di Sabah dan pandangan Ketua Menteri terhadap landskap politik Malaysia,” katanya.

 ?? Gambar BERNAMA ?? SHAFIE (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Duta Jerman ke Malaysia Nikolaus Graf Lambsdorff yang membuat kunjungan hormat di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah pada Isnin. -
Gambar BERNAMA SHAFIE (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Duta Jerman ke Malaysia Nikolaus Graf Lambsdorff yang membuat kunjungan hormat di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah pada Isnin. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia