Utusan Borneo (Sabah)

Najib selesai beri keterangan hampir empat jam di SPRM

-

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalk­an ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas memberi keterangan kira-kira empat jam dipercayai berkaitan kes penyelewen­gan pemasangan panel tenaga solar untuk sekolah di Sarawak.

Kenderaan dinaiki Najib dilihat keluar melalui pintu depan ibu pejabat SPRM pada kira-kira 1.15 tengah hari, diiringi kereta polis. Kenderaann­ya dilihat memasuki kawasan premis berkenaan kira-kira 9.23 pagi Isnin.

Najib telah hadir ke SPRM beberapa kali sebelum ini untuk membantu siasatan beberapa kes dengan kali terakhir ialah pada 8 Nov lepas.

Pada Khamis lalu, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.

Turut didakwa bekas pegawai khas kepada Najib, Datuk Rizal Mansor atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek yang sama. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? KENDERAAN dinaiki bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalk­an ibu pejabat SPRM selepas memberi keterangan dipercayai berkaitan kes penyelewen­gan pemasangan panel tenaga solar untuk sekolah di Sarawak. -
Gambar BERNAMA KENDERAAN dinaiki bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalk­an ibu pejabat SPRM selepas memberi keterangan dipercayai berkaitan kes penyelewen­gan pemasangan panel tenaga solar untuk sekolah di Sarawak. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia