Utusan Borneo (Sabah)

Kopeks anjur kempen derma darah 29 November ini

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Orang ramai serta ahli Kopeks dijemput hadir memeriahka­n Program Derma Darah yang akan diadakan di ruang legar Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Jalan Tuaran pada Khamis depan (29 Nov).

Program ‘Kopeks Bersama Mu’ dianjurkan oleh Kopeks dengan Unit Transfusi Darah Hospital Queen Elizabeth II ini dibuka kepada orang ramai seawal jam 8.30 pagi hingga tengahari.

Orang ramai yang berminat untuk menderma darah boleh menghubung­i Kopeks dengan menghantar pesanan ringkas atau Whatsapp (nama dan nombor kad pengenalan) ke talian 016-8807812 untuk mengesahka­n penyertaan.

Penderma akan menerima sijil penyertaan dan saguhati runcit. Turut disediakan jamuan ringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia