Utusan Borneo (Sabah)

Peranan PKS penting: Madius

Untuk kestabilan ekonomi Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam membentuk kestabilan ekonomi di Sabah pada masa hadapan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sejuta PKS sementara Sabah menyumbang hanya 60 ribu PKS daripada jumlah itu.

“Saya percaya kestabilan ekonomi Sabah di masa hadapan sangat bergantung kepada PKS, khususnya dalam sektor pembuatan.

“Usaha utama kerajaan baharu di sini adalah untuk meningkatk­an sebanyak 35 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) untuk Sabah menerusi sektot pembuatan,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Pelancaran Makan Malam Pertama Persatuan PKS Sabah, di sini, malam Ahad.

Beliau berkata, untuk mencapai ke arah ekonomi yang kukuh, Sabah perlu berhadapan beberapa cabaran besar seperti utiliti, logistik dan sebagainya.

Madius yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian berharap lebih banyak PKS di Sabah akan menjadi ahli dan bekerjasam­a dengan persatuan itu bersama-sama kerajaan meningkatk­an ekonomi negeri.

“Kita perlu bersama-sama memberikan fokus kepada pembanguna­n industri hiliran dalam negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan PKS Sabah Foo Nge Kee berkata, semua dewan perniagaan di Sabah termasuk ahli persatuan itu perlu mempunyai kerjasama erat membantu membangunk­an ekonomi Sabah ke arah lebih berdaya saing.

Katanya, daya saing itu penting dalam usaha menarik lebih ramai pelabur asing untuk datang ke negeri ini.

“Saya juga berharap mampu mendapat kerjasama daripada semua persatuan dan dewan perniagaan dalam Kawasan Pertumbuha­n ASEAN Timur, Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).

“Ini kerana, untuk memasuki pasaran China, aktiviti eksport dari Sabah sahaja tidak dapat memenuhi permintaan negara terbabit khususnya produk seperti buah-buahan, sarang burung dan banyak lagi,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya kerjasama dalam wilayah itu berjaya, Sabah akan mampu bergerak mencapai sasaran bagi menjadikan negeri ini sebagai hab pengangkut­an BIMP-Eaga.

 ??  ?? MADIUS (duduk, enam kanan) dan Foo (enam kiri) bersama tetamu kehormat lain dan AJK Persatuan PKS Sabah merakamkan gambar kenangan.
MADIUS (duduk, enam kanan) dan Foo (enam kiri) bersama tetamu kehormat lain dan AJK Persatuan PKS Sabah merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia