Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu tumpu aktiviti kokurikulu­m anak

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTAK INA BALU: Ibu bapa disarankan memberi tumpuan kepada pembanguna­n kerohanian, jasmani dan sosial anak-anak mereka selain prestasi akademik.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, tumpuan itu dapat membantu meneguhkan sifat jati diri dan melahirkan para belia yang dapat menyumbang kepada kesejahter­aan keluarga, masyarakat serta negara pada jangka masa panjang.

“Kelab Briged Putera di sekolah contohnya adalah salah satu unit beruniform yang diikhtiraf oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Program dan aktivitiny­a adalah berteraska­n pembanguna­n seimbang dari aspek kerohanian, jasmani, intelek dan sosial seperti kelas kerohanian, kursus kepimpinan, pertanding­an sukan, kawad kaki, pertolonga­n cemas, pancaragam, lawatan komuniti dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata, Kelab Briged Putera akan terus berusaha mengetenga­hkan program dan aktiviti yang menarik agar kekal relevan dengan perkembang­an serta keperluan belia semasa.

“Sokongan berterusan daripada para ibu bapa, sekolah dan orang ramai adalah diperlukan untuk melahirkan para belia yang berwawasan serta berwibawa demi kelangsung­an kepimpinan negara pada masa depan,” katanya.

Baru-baru ini, satu perayaan ulang tahun Ke40 Kompeni Ketiga Briged Putera Kota Kinabalu telah diadakan dengan majlis makan malam yang dirasmikan oleh Setiausaha Perhubunga­n Awam Menteri Belia dan Sukan Ku Nyet Fan yang mewakili Frankie.

Dalam majlis yang sama, penghargaa­n turut diberikan kepada beberapa sekolah di sekitar Kota Kinabalu yang mempunyai Kelab Briged Putera.

 ??  ?? KU (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Pengetua Sekolah Menengah All Saints Dr Mary Gambidau.
KU (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Pengetua Sekolah Menengah All Saints Dr Mary Gambidau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia