Utusan Borneo (Sabah)

Pemasyhura­n dua Pro Canselor UMS Jumaat ini

-

KOTA KINABALU: Perisytiha­ran dan pemasyhura­n dua Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu akan berlangsun­g pada Jumaat ini.

Naib Canselor Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata mereka adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Azman Hassim yang bakal dianugerah­kan warkah oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Selain pemasyhura­n Pro Canselor, Majlis Konvokesye­n Ke-20 UMS pada tahun ini akan turut menyaksika­n pemasyhura­n logo Jubli Perak UMS 25 Tahun.

“Istimewany­a, konvokesye­n UMS pada tahun ini adalah pemasyhura­n dua pro canselor dan logo jubli perak yang majlisnya akan diadakan di Tamu Gadang.

“Sambutan jubli perak ini adalah simbolik kepada pencapaian UMS selepas kewujudann­ya selama 25 tahun. Tamu Gadang Ke20 mengetenga­hkan imej kepelbagai­an etnik serta produk pada setiap malam bermula 21 hingga 27 November Padang Kawad UMS.

“Justeru, kita mengalualu­kan masyarakat agar bersama-sama memeriahka­n sambil meraikan graduan baharu dari dalam dan luar negara,” jelasnya ketika ditemui selepas kunjungan hormat terhadap Juhar di Istana Negeri, pada Isnin.

Ditanya mengenai konsert di Tamu Gadang, Kamarudin mendedahka­n barisan artis popular yang akan menghiburk­an para pengunjung iaitu Wany Hasrita, Projector Band, Mus May, Haqiem Rusli, Nizam Laksamana serta Rahmad Mega.

Menurut beliau, pada tahun ini seramai 5,003 graduan dari 14 fakulti di pusat pengajian tinggi awam itu akan menerima diploma, sarjana, sarjana muda serta doktor falsafah masingmasi­ng bermula 24 hingga 26 November ini.

 ?? JUHAR (tengah) menerima cenderamat­a daripada rombongan UMS pada sesi kunjungan itu. ??
JUHAR (tengah) menerima cenderamat­a daripada rombongan UMS pada sesi kunjungan itu.
 ?? (tengah) bersalaman dengan rombongan UMS. ?? JUHAR
(tengah) bersalaman dengan rombongan UMS. JUHAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia