Utusan Borneo (Sabah)

Empat suspek wanita ditangkap

Dipercayai terbabit kes judi nombor ekor

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis menangkap empat wanita menerusi serbuan berasingan dalam tempoh 40 minit di daerah ini berkaitan kes aktiviti perjudian nombor ekor secara haram pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata polis melakukan rampasan barang di premis-premis wanita terbabit ditahan antara jam 3.30 petang sehingga 4.10 petang.

“Suspek pertama, 42, ditangkap di sebuah premis di Jalan Chester Jalan Cole Adam dan kita merampas dua telefon bimbit, wang tunai RM717 dan tiga tiket judi nombor ekor.

“Suspek kedua, 19, di sebuah restoran di Jalan Dunlop, bersama rampasan bluetooth portable printer, telefon bimbit, wang tunai RM586 dan satu tiket judi,” katanya.

Beliau berkata demikian di sini pada Isnin berhubung kejayaan terbaharu pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) IPD Tawau.

Mengulas lanjut, Fadil berkata suspek ketiga, 35, ditahan di sebuah lagi premis yang terletak di Jalan Chester Jalan Cole Adam serta turut melibatkan rampasan barangan.

“Antara barang yang kita rampas sekali dengan penahanan suspek ketiga, bluetooth printer, telefon bimbit, wang tunai RM413 dan satu tiket judi nombor ekor haram.

“Serbuan keempat pula, kita menangkap suspek yang berumur 24 tahun, juga di sebuah premis yang terletak di kawasan Jalan Chester Jalan Cole Adam,” katanya.

Menurutnya, rampasan keempat pula menyaksika­n rampasan barang seperti bluetooth portable printer, telefon bimbit, wang tunai RM346 dan satu tiket judi nombor ekor.

Beliau berkata kesemua suspek wanita terlibat kini ditahan reman selama empat hari dan siasatan dibuka mengikut Seksyen 4A (a) Akta Judi Rumah Terbuka 1953.

 ??  ?? BARANG-barang yang dirampas oleh polis kerana disyaki digunakan untuk tujuan menjalanka­n aktiviti judi nombor ekor haram.
BARANG-barang yang dirampas oleh polis kerana disyaki digunakan untuk tujuan menjalanka­n aktiviti judi nombor ekor haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia