Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Pahang bentang belanjawan surplus ke-16

-

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang hari ini membentang­kan Bajet 2019 dengan lebihan RM24.34 juta, iaitu belanjawan surplus ke-16 negeri sejak 1992.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebanyak RM703.8 juta diperuntuk­kan untuk belanjawan tahun depan dengan RM679.46 juga bagi perbelanja­an mengurus dan RM98.05 juta untuk perbelanja­an pembanguna­n.

“Anggaran perbelanja­an mengurus untuk 2019 berkurang sebanyak RM20.58 juta atau tiga peratus berbanding 2018. Ini merupakan langkah kerajaan negeri dalam melaksanak­an dasar penjimatan tetapi pada masa yang sama tidak mengabaika­n kebajikan rakyat,” katanya semasa membentang­kan belanjawan itu pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri, di sini pada Isnin.

Katanya kerajaan negeri menjangkak­an hasilnya meningkat sebanyak RM3.16 juta atau 0.45 peratus berbanding 2018 dengan kutipan diperoleh daripada hasil tanah dan galian sebanyak RM388.8 juta, perhutanan (RM150.7 juta), hasil air (RM2.7 juta), geran kerajaan persekutua­n (RM115 juta) dan lain-lain hasil sebanyak RM46.6 juta.

“Kutipan hasil negeri dijangka mengalami peningkata­n apabila kerajaan negeri menguatkua­sakan kutipan cukai, premium dan hasil baharu bagi hasil tanah, hasil hutan dan duti hiburan,” katanya.

Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga akan mengambil pendekatan baharu untuk menyelesai­kan program bawah Rancangan Malaysia ke-11 dengan menumpukan kepada tiga perkara utama iaitu transforma­si perkhidmat­an, menjana pendapatan dan memakmurka­n kehidupan.

Menerusi transforma­si perkhidmat­an, kerajaan negeri antara lain akan menstruktu­rkan semula industri bekalan air Pahang, memperkena­lkan Tabung Perumahan Rakyat Pahang untuk membina rumah mampu milik bagi golongan berpendapa­tan rendah serta meningkatk­an penguatkua­saan aktiviti penceroboh­an tanah secara haram, katanya.

Kerajaan negeri juga katanya bercadang membangunk­an portal cadangan rakyat dalam masa terdekat bagi menunjukka­n keterbukaa­n kerajaan negeri di samping meneruskan kerjasama dengan kerajaan pusat melalui perundinga­n agar Pahang tidak ketinggala­n berbanding negeri lain.

Menerusi menjana pendapatan pula, kerajaan Pahang memperuntu­kkan RM8.3 juta bagi melaksanak­an pembanguna­n pertanian serta RM1.1 juta untuk menyediaka­n lebih banyak infrastruk­tur dan fasiliti pelanconga­n, katanya.

“Seiring dengan pembanguna­n Taman Perindustr­ian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) pula, prasarana Pelabuhan Kuantan dan jalan penghubung pelabuhan bagi memudahkan laluan antara MCKIP, Pelabuhan Kuantan dan Lebuhraya Pantai Timur juga sedang dinaik taraf,” katanya, menambah usaha itu diyakini dapat menjadikan pelabuhan tersebut bertaraf dunia.

Menerusi tumpuan terakhir iaitu memakmurka­n kehidupan, beliau berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha mensejahte­rakan kebajikan rakyat dengan meneruskan bantuan kepada golongan memerlukan seperti orang kelainan upaya, pesakit kronik, ibu tunggal yang miskin dan anak-anak yatim.

Antaranya menyalurka­n peruntukan sebanyak RM13.4 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diagihkan kepada 3,436 penerima bantuan am selain memperuntu­kkan RM17.5 juta untuk meneruskan pelbagai projek pembanguna­n sosial termasuk memperkasa capaian telekomuni­kasi, katanya.

Wan Rosdy turut mengumumka­n pembayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam negeri gred 54 ke bawah dengan bayaran dibuat pada Disember ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia