Utusan Borneo (Sabah)

Enam warga asing dipenjara, masuk secara haram

-

KOTA KINABALU: Enam lelaki warga asing dikenakan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap semua tertuduh selepas mengaku salah mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Hukuman yang diperuntuk­kan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya dan sebatan.

Irman@Mazlan Taha, Fauzi Mawar dan Delmar Madia dikenakan penjara lima bulan, sementara Omar Safi, Al Shaek Tomy dan Saman Ahailaman masing-masing dipenjara empat bulan.

Bagaimanap­un Delmar juga diperintah­kan dikenakan satu sebatan, namun tiada sebatan untuk mereka yang berusia 20 tahun ke bawah dan 50 tahun ke atas.

Mereka ditangkap pihak berkuasa pada 7, 10 dan 11 November di sekitar ibu negeri.

Semasa rayuan semua tertuduh memohon hukuman mereka diringanka­n dan meminta segera dihantar pulang ke negara asal.

Azreena memerintah­kan mereka menjalani tempoh pemenjaraa­n bermula dari tarikh tangkap, selepas itu dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia