Utusan Borneo (Sabah)

Peguam didakwa pecah amanah lebih RM100,000 bagi urusan jual beli rumah

-

KUALA LUMPUR: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Isnin atas tuduhan pecah amanah wang berjumlah lebih RM100,000 milik pelanggann­ya berhubung urusan jual beli sebuah rumah, dua tahun lepas.

Mohd Fairuz Mohd Dahlan, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Lelaki itu didakwa sebagai peguam telah melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang RM105,360.47 yang telah diamanahka­n oleh pemandu teksi Saihibi Sahinun @ Senon,52, untuk urusan jual beli rumah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di satu alamat di Jalan Pandan Cahaya 2/2, Taman Pandan Cahaya, Ampang pada 10 pagi, 12 Jan 2016.

Mohd Fairuz dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Ng Wee Li manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Suzilyana Mohamed Saat.

Mahkamah menetapkan 21 Nov untuk sebutan semula kes bagi pendengara­n jaminan di Mahkamah Sesyen Ampang.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia