Utusan Borneo (Sabah)

Yadim sambut baik penubuhan Lembaga Wakaf

-

KOTA KINABALU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Sabah menyambut baik penubuhan Lembaga Wakaf Sabah di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).

Pengarah Yadim Zon Sabah Haji Samin Haji Ongki (gambar) menyifatka­n penubuhan Lembaga Wakaf itu satu anjakan kepada pengurusan hal ehwal Islam di negeri Sabah.

“Ia satu lagi petunjuk kemajuan umat Islam di negeri ini,” katanya kepada media pada Jumaat.

Menurutnya, sejarah membuktika­n kejayaan Universiti Al Azhar Mesir yang terkenal di dunia bermula daripada pelaksanaa­n konsep wakaf.

Katanya, di Kuala Lumpur, bangunan Bank Islam yang tersergam indah juga melalui kaedah wakaf.

Samin yakin pembinaan masjid, sekolah agama, rumah anak yatim dan tahfiz akan lebih rancak melalui pengurusan sistem wakaf yang cemerlang.

“Kebergantu­ngan kepada dana kerajaan dapat dikurangka­n,” katanya.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Haji Aidi Haji Mokhtar, yang membentang usul berkenaan di persidanga­n DUN Sabah dengan baik dan berjaya meyakinkan ahli dewan untuk menyokong dan meluluskan­nya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia