Utusan Borneo (Sabah)

Rumah teres di Taman Rajawali terbakar

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Sebuah rumah teres jenis kekal terbakar 80 peratus dalam kejadian di Taman Rajawali di sini, pagi Isnin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ZonSandaka­nAnddreAnd­rew berkata bagaimanap­un tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS999 pada jam 9.53 pagi, lalu mengerahka­n pasukan Bomba dan Penyelamat Sandakan dengan kekuatan seramai 13 anggota diketuai Pegawai Operasi PKPgB Razali Ag Ahmad bersama dua kenderaan FRT dan sebuah jentera tangki ke lokasi.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres jenis kekal terbakar 80 peratus.

“Pasukanbom­bamelakuka­n operasi pemadaman menggunaka­n satu aliran 200 kaki dua pancutan dan sumber air daripada tangki jentera,” katanya.

Anddre berkata operasi terkawal pada jam 10.20 pagi dan tamat sepenuhnya jam 11.24 pagi.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan pihaknya.

 ??  ?? RUMAH teres yang terbakar di Taman Rajawali, pagi Isnin. (Gambar atas)
RUMAH teres yang terbakar di Taman Rajawali, pagi Isnin. (Gambar atas)
 ??  ?? KEADAAN dalam rumah teres yang terjejas ekoran kejadian itu.
KEADAAN dalam rumah teres yang terjejas ekoran kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia