Utusan Borneo (Sabah)

Tiga peniaga rasuah pegawai penguatkua­sa MPK ditahan

-

JOHOR BAHRU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Kluang menahan tiga peniaga bagi membantu siasatan berhubung kes pemberian rasuah.

Semua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an hingga 60-an itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Kluang kira-kira pukul 8.00 malam Ahad.

Menurut sumber, semua suspek didapati memberikan wang rasuah sebanyak RM1,500 kepada Pegawai Penguatkua­sa Majlis Perbandara­n Kluang (MPK) sebagai dorongan agar tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kesalahan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan, Perindustr­ian dan Profesyen (MPK) 2017, yang memperuntu­kkan kompaun berjumlah RM1,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan dipenjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan berkenaan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia