Utusan Borneo (Sabah)

Tenom, Kemabong punya lokasi menarik untuk dilawati

-

TENOM:Daerahinit­ermasuk daerah kecil Kemabong memiliki pelbagai destinasi pelanconga­n yang menarik untuk dilawati.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar berkata beberapa lokasi yang sudah dikenali adalah Rumah Kebudayaan Murut dan Taman Pertanian Lagud Seberang manakala budaya, adat resam dan makanan juga adalah antara produkprod­uk pelanconga­n yang boleh dilihat dan dinikmati oleh pelancong luar.

“Bagi daerah kecil Kemabong, kita dalam usaha untuk mempromosi­kan daerah ini sebagai destinasi pelanconga­n baharu. Antaranya Kg Rundum yang kaya dengan alam fauna dan floranya, kesan peninggala­n sejarah kubu semasa penjajahan British dan satu lokasi menari iaitu Batu Binatikan antara legenda rakyat yang terdapat di Kg Bakuku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan rombongan pelajar dan guruguru dari SK Melikai Kuala Penyu yang sedang dalam lawatan sambil belajar ke daerah ini dan Kemabong.

Rombongan berkenaan diketuai oleh Guru Besar SK Melikai Alli Burut.

Menurut Jamawi, adalah tidak mustahil Tenom dan Kemabong akan menjadi hab pelanconga­n khususnya di kawasan pedalaman.

“Kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar dalam pembentang­an Bajet 2019 baru-baru ini telah bersetuju untuk memberikan peruntukan bagi meningkatk­an kemudahan asas di kawasan terlibat, selain berusaha untuk mempromosi­kannya kepada pelancong dari luar negara,” katanya.

Mengulas program itu, beliau berharap pelajar yang terlibat dalam lawatan itu akan memanfaatk­an pengalaman yang mereka perolehi sebagai nilai tambah kepada pengalaman baharu yang boleh meluaskan pengetahua­n mereka untuk mengenali dunia luar.

“Jadikanlah lawatan ini sebagai salah satu nilai tambah bagi mengetahui dunia luar dan ini sekali gus turut membantu mempromosi­kan daerah ini sebagai destinasi pelanconga­n kepada rakan lain,” katanya.

 ?? menerima cendera kenangan daripada Alli. ?? JAMAWI
menerima cendera kenangan daripada Alli. JAMAWI
 ?? ketika menerangka­n beberapa lokasi menarik di Tenom dan Kemabong kepada guru-guru serta muridmurid yang menyertai lawatan itu. ?? JAMAWI
ketika menerangka­n beberapa lokasi menarik di Tenom dan Kemabong kepada guru-guru serta muridmurid yang menyertai lawatan itu. JAMAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia