Utusan Borneo (Sabah)

Koleksi bola antarabang­sa tarikan pelanconga­n baharu di Port Dickson

-

PORT DICKSON: Pameran Koleksi Bola Antarabang­sa akan dijadikan sebagai produk pelanconga­n baharu di Port Dickson bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negeri datang ke pusat peranginan tersebut.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pembanguna­n Belia dan Sukan Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani berkata pameran yang bakal diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini, dijangka memberi pengalaman yang unik kepada pengunjung di sini kerana selama ini Port Dickson terkenal dengan aktiviti-aktiviti pantai dan sukan air.

“Kita cuba jadikan Port Dickson ada satu tarikan yang lebih menarik selain daripada yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Koleksi Bola Antarabang­sa anjuran Amal Relief Malaysia di sini, Isnin.

Beliau berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Majlis Perbandara­n Port Dickson untuk mewujudkan satu muzium bertujuan menyimpan koleksi berkenaan bagi tatapan umum pada masa akan datang.

“Kita bercadang mengadakan muzium bagi mengumpulk­an semua koleksi tersebut untuk penggemar bola sepak dari seluruh negara melihat secara dekat koleksi berkenaan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia