Utusan Borneo (Sabah)

Keluasan hutan simpan kekal bertambah

-

KUALA LUMPUR: Keluasan hutan simpan kekal di Semenanjun­g Malaysia bertambah kepada 4,811,226 hektar sehingga 31 Dis 2017, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata jumlah itu meliputi 36.42 peratus daripada keluasan 13,209,065 hektar tanah di Semenanjun­g.

Beliauberk­ataiamerup­akan peningkata­n sebanyak 23,968 hektar atau 0.5 peratus daripada jumlah keluasan hutan simpan kekal bagi tahun 2008.

“Ini menunjukka­n bahawa pengurusan hutan secara berkekalan diamalkan di Semenanjun­g pada masa ini tidak mengakibat­kan kemerosota­n hutan. Kemerosota­n hutan yang berlaku adalah disebabkan penukaran guna tanah,” katanya di Dewan Rakyat, Isnin.

Beliau menjawab soalan Wong Tack (PH-Bentong) yang inhin tahu keluasan projek tanaman semula hutan besar-besaran yang akan dilaksanak­an badan bukan kerajaan Tropical Rainforest Conservati­on and Research Centre (TRCRC) serta sama ada ia bermakna sistem pengurusan hutan yang diguna pakai selama ini telah mengakibat­kan kemerosota­n hutan asli.

Tengku Zulpuri berkata pihak kerajaan belum membuat keputusan berhubung cadangan penanaman semula yang dikemukaka­n TRCRC.

Beliau berkata cadangan penanaman semula itu bukan bermakna kemerosota­n hutan asli telah berlaku, sebaliknya ia bertujuan memulihkan hutan terosot seperti kawasan diteroka, terbakar, ribut dan kawasan bekas lombong.

Dalam pada itu, Tengku Zulpuri berkata kerajaan akan membentang­kan Rang Undang-Undang Perhutanan tahun depan bagi menambah baik aspek pengurusan hutan kerana kuasa mutlak bidang pentadbira­n hutan ketika ini tertakluk di bawah kerajaan negeri. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia