Utusan Borneo (Sabah)

Watson Nyambek nafi laporan beliau jutawan bitcoin

-

MIRI: Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek pada Isnin menafikan laporan yang dikatakan berita dan dikongsi menerusi laman sosial mendakwa beliau jutawan siling digital, bitcoin.

Bekas pemegang rekod 100 meter kebangsaan itu berkata laporan tersebut adalah palsu dan dibuat dengan niat jahat untuk menipu mereka yang mudah percaya dengan skim cepat kaya.

“Ya, saya tahu tentang laporan berita yang tular menerusi Facebook dan itu adalah satu penipuan, jangan percaya,” katanya kepada Bernama, di sini.

Watson, 42, turut menafikanp­ernahditem­ubual dalam rancangan bual bicara yang dihoskan oleh pelawak terkenal Harith Iskandar bagi membincang­kan tentang pelaburan bitcoin seperti yang didakwa dalam laporan itu.

Katanya beliau sedang menimbangu­ntukmengam­bil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis dan juga kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung berita palsu tersebut memandangk­an ia melibatkan reputasiny­a.

“Buat masa ini saya belum putuskan bila akan buat laporan itu kerana saya faham bukan mudah untuk kesan dalang di sebalik penipuan ini,” katanya.

Berita palsu berbahasa Inggeris yang disiarkan menerusi https://localdaily­cc.com/effective-waysfor-avoiding-bankruptcy/ mendakwa Watson bebas daripada muflis dan menjadi jutawan segera selepas terlibat dalam perdaganga­n bitcoin automatik menerusi platform yang dikenali sebagai ‘Bitcoin Revolution’.

Laporan itu mendakwa Watson turut membuat demonstras­i pelaburan bitcoin menerusi rancangan bual bicara Harith dengan mendeposit­kan wang Harith sebanyak RM1,050 melalui platform tersebut dan dalam tempoh tiga minit pelawak berkenaan menerima keuntungan berjumlah RM2,012.

Berita palsu itu yang turut memaparkan foto Watson selain gambar Harith ketika mengacarak­an program tersebut, mendakwa pelawak berkenaan membuat keuntungan tambahan sebanyak RM1,659.06 dalam tempoh lapan minit. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia