Utusan Borneo (Sabah)

Amanah jangka 1,000 perwakilan hadiri Konvensyen Nasional Disember ini

-

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menjangkak­an 1,000 perwakilan dari 156 kawasan yang sah berdaftar di seluruh negara menghadiri Konvensyen Nasional kali ketiga bermula 14 hingga 16 Dis.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata konvensyen itu turut memilih Perak sebagai tuan rumah selepas Selangor pada tahun 2016 dan Kedah tahun lalu.

“Jawatankua­sa Induk dan Pelaksana konvensyen turut menaruh keyakinan seramai 3,000 pemerhati akan hadir pada konvensyen sebagai tanda meraikan himpunan aktivis dan penggerak parti Amanah.

“Jawatankua­sa itu juga menjemput rakan-rakan kepimpinan utama komponen PH iaitu PKR, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), DAP dan Warisan. Turut menerima jemputan ialah rakan-rakan luar negara antaranya Parti Persatuan Pembanguna­n (PPP), Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Partai Solidarita­s Indonesia (PKI) dari Indonesia,” katanya dalam sidang media di sini, pada Isnin.

Amanah telah mengadakan Pemukiman Tahunan Amanah Nasional di Bangi, minggu lalu.

Tambah Anuar, pemukiman berkenaan membabitka­n pembentang­an hasil kaji selidik melibatkan 1,000 responden dan telah menggarisk­an hala tuju baharu Amanah.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia