Utusan Borneo (Sabah)

Kapal bawa diesel bernilai RM91,800 ditahan di perairan Miri

-

MIRI:Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah kapal yang melakukan pemindahan 51,000 liter diesel bernilai RM91,800 tanpa kebenaran di perairan Miri tengah malam Ahad.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Md Fauzi bin Othman berkata kedua-dua kapal tersebut ditahan di 7.4 batu nautika dari Tanjung Kuala Baram pada pukul 12.35 tengah malam Ahad (18 Nov) dan hasil pemeriksaa­n mendapati kedua-dua kapal itu tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran atau lesen pemindahan minyak diesel dari kapal ke kapal.

“Seramai 12 kru kapal, Iapan warganegar­a serta empat warga Indonesia berusia 29 hingga 42 tahun ditahan dan kesemua kru tersebut memiliki dokumen pengenalan diri yang lengkap,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Menurutnya kejayaan operasi tersebut adalah berdasarka­n maklumat diterima daripada Unit Perisikan dan APMM akan meningkatk­an lagi rondaan di perairan Miri bagi memastikan keselamata­n serta tiada kegiatan menyalahi undang-undang negara dilakukan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia