Utusan Borneo (Sabah)

Terengganu melakar sejarah

Akan lantik dua wanita jadi Adun dan senator

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu bakal melakar sejarah pentadbira­n negeri itu apabila dua orang wanita akan dilantik sebagai seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang senator dalam usaha kerajaan negeri memartabat­kan kaum itu dalam masyarakat.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali berkata identiti Adun dan senator itu hanya akan diumumkan pada Persidanga­n DUN yang akan mula bersidang pada 25 Nov ini.

Katanya pelantikan senator berkenaan selaras dengan kekosongan jawatan itu manakala pelantikan Adun wanita diambil kira selepas tiada wakil rakyat wanita dalam pentadbira­n negeri setakat ini.

“Pelantikan kedua-dua senator dan Adun berkenaan merupakan satu pembaharua­n dan jaminan kepada kerajaan PAS di mana akan sentiasa memperbaik­i sistem pentadbira­n dari semasa ke semasa.

“Selain itu ia kita turut mengutamak­an hak mereka dan tidak mahu kaum wanita ketinggala­n dalam hal ehwal pentadbira­n negeri ini,” katanya dalam perjumpaan ramah mesra bersama pengamal media Terengganu di sini pada Isnin.

Yahaya pada perjumpaan itu turut mengulas mengenai beberapa usul yang akan dibawa pada persidanga­n itu nanti termasuk isu pemilikan tanah simpanan (rizab) Melayu di negeri ini, belanjawan negeri tahun 2019 dan enakmen pentadbira­n agama, syariah dan keluarga Islam.

Mengulas peranan dan hubungan media dengan kerajaan negeri, beliau mahu hubungan baik itu diteruskan dan menyifatka­n kedua-duanya rakan kongsi strategik dalam membawa pembanguna­n ke negeri Terengganu.

Sehubungan dengan itu katanya kedua-dua pihak perlu memainkan peranan yang seimbang kerana jika tidak ia akan menjejaska­n pembanguna­n yang dirancang kerajaan negeri untuk kesejahter­aan ekonomi dan rakyat negeri ini.

“Kita juga berharap apaapa perkara yang berlaku sepanjangt­empohpenta­dbiran ini kita mohon di dilaporkan secara adil dan tepat dan jika ada kekurangan dalam kalangan pemimpin misalnya, bolehlah dibawa berbincang supaya ia boleh diselesaik­an dengan sebaik-baiknya,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia