Utusan Borneo (Sabah)

Festival Hari Keluarga Hap Seng tarik 350 pengunjung

-

LAHAD DATU: Hap Seng Properties Developmen­t Sdn Bhd telah mengadakan Festival Hari Keluarga di Villa Perdana, Bandar Sri Perdana, Jalan Silam, KM 4, Lahad Datu pada 17 (Sabtu) dan 18 (Ahad) November.

Festival yang berlangsun­g selama dua hari itu telah berjaya menarik seramai 350 pengunjung.

Pelbagai acara menarik diadakan untuk hiburan para pengunjung terutamany­a kanak-kanak, antaranya kemunculan­maskotwira-wira ‘Marvel Avengers’ seperti Ironman, Spiderman, Winnie The Pooh dan Tigger.

Selain itu, disediakan juga cabutan bertuah, lukisan muka untuk kanak-kanak dan dewasa, badut belon, persembaha­n memasak, makanan dan aiskrim percuma kepada pengunjung, dan sebagainya.

Festival itu turut dihadiri oleh Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Hap Seng Properties Management Sabah Caroline Yong, Pengurus Jualan dan Pemasaran Kanan Betty Lee, Pengurus Projek Kanan Johannesda­nwakilpema­saran Nicholas Pang.

Selama Festival Hari Keluarga itu berlangsun­g, pihak Hap Seng menawarkan pakej jualan yang menarik kepada para pembeli yang layak.

Hap Seng Properties Developmen­t adalah nama yang tidak asing kepada rakyat Sabah. Ia mempunyai reputasi baik dan merupakan pemaju yang ternama di Malaysia. Ia mementingk­an kualiti dan mempunyai pengalaman dalam pembanguna­n hartanah.

Dengan kesungguha­n dan usaha Hap Seng, banyak pembanguna­n hartanah yang telah menjadi mercu tanda penting di bandar-bandar utama di Sabah. Sebagai contoh, dari pekan Lahad Datu ke Jalan Silam - Bandar Sri Perdana, Pusat Fajar, Aman Jaya, dan lain-lain.

Hap Seng telah berjaya membangunk­an Bandar Sri Perdana dengan mengecapi semua kemudahan yang telah disediakan, menjadikan kawasan bandar ini sebagai kediaman ideal penting di Lahad Datu.

Untuk pertanyaan, sila hubungi talian 089-862222 / 089-862666/ 019-8133673 (Betty Lee)/ 019-8437145 (Dewi) atau 019-8435848 (Joanna).

 ?? Seng Properties Developmen­t telah mengadakan Festival Hari Keluarga di Villa Perdana, Bandar Sri Perdana. ?? HAP
Seng Properties Developmen­t telah mengadakan Festival Hari Keluarga di Villa Perdana, Bandar Sri Perdana. HAP
 ??  ?? DARI KANAN: Caroline, Betty, Johannes dan Nicholas turut menghadiri festival itu.
DARI KANAN: Caroline, Betty, Johannes dan Nicholas turut menghadiri festival itu.
 ??  ?? KEMUNCULAN Winnie The Pooh dan Tigger menarik perhatian para pengunjung.
KEMUNCULAN Winnie The Pooh dan Tigger menarik perhatian para pengunjung.
 ??  ?? PENGUNJUNG melawat pameran unit Villa Perdana.
PENGUNJUNG melawat pameran unit Villa Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia