Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak hantar 178 atlet Para Sukma 2018

-

KUCHING: Sarawak akan menghantar 178 atlet menyertai Sukan Para Sukma yang ke-19 di Perak pada21hing­ga28Novemb­er ini kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga, dan Pembanguna­n KanakKanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Katanya, Negeri itu menyasarka­n memungut 77 pingat emas pada temasya itu, sekaligus mengekalka­n kejuaraan dan muncul juara buat kali ke-13 pada kejohanan dwi-tahunan itu.

Sarawak akan menyertai sembilan jenis sukan iaitu, renang, olahraga, tenpin boling, powerlifti­ng, badminton, pingpong, catur, boccia dan memanah.

“Kebiasaann­ya, sukan Para Sukma ini diadakan seminggu selepas Sukma (Sukan Malaysia), tetapi kali ini yang diadakan lewat memberikan peluang kepada para atlet berlatih lebih lama lagi, katanya pada majlis penyerahan bendera kontinjen Sarawak di sini pada Isnin.

Fatimah berkata, seramai 81 pengiring yang terdiri daripada pegawai sukan negeri dan pegawai kesihatan akan mengikuti kontinjen ini nanti.

Kali terakhir Sarawak muncul juara adalah pada 2016 pada Para Sukma ketika menjadi tuan rumah. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia