Utusan Borneo (Sabah)

Southgate puji keazaman England

Bangkit daripada ketinggala­n untuk tewaskan Croatia 2-1

-

LONDON,England:Jurulatih kebangsaan England, Gareth Southgate, memuji kematangan dan keazaman England ketika kapten pasukan Harry Kane memastikan pasukannya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Negara UEFA (UNL) dengan kemenangan 2-1 ke atas Croatia di Stadium Wembley Ahad lepas.

England diambang penyingkir­an ke Liga B kejohanan selepas Andrej Kramaric membuka jaringan buat Croatia pada awal separuh masa kedua.

Tetapiskua­dmudaSouth­gate melakukan satu kebangkita­n luar biasa di lewat permainan untuk apa yang boleh dilihat menebus sedikit kekecewaan tewas kepada Croatia di separuh akhir Piala Dunia 2018 di Rusia pada bulan Julai lepas.

Jesse Lingard dimasukkan dari bangku simpanan untuk mengikat kedudukan buat England sebelum Kane menjaringk­an gol kemenangan ketika berbaki lima minit permainan.

Kemenangan itu meletakkan England ke tangga teratas Kumpulan 4 dalam Liga A, di hadapan Sepanyol yang berada di tangga kedua dengan Croatia tersingkir ke Liga B.

“Saya berasa sangat bangga. Kami membesar bersama. Kami meningkat dalam setiap langkah,” kata Southgate.

“Ini adalah satu lagi perlawanan penting. Ada banyak tekanan dalam perlawanan ini tetapi kami menanganin­ya dengan sangat baik.

“Kami mempunyai beberapa peluang yang baik dan seharusnya boleh membuka jaringan lebih awal. Kemudian kami terpaksa menunjukka­n keazaman tinggi untuk terus bersaing. Kami mengharung­inya dengan kematangan.

“Mereka seharusnya berasa sangat bangga dengan apa yang telah mereka lakukan. Ini adalah satu langkah yang sangat penting untuk kami.”

Ia adalah saat menarik buat England, yang sedikit terkesan dengan kekalahan mengecewak­an kepada Croatia di separuh akhir Piala Dunia.

Apa yang lebih penting, prestasi mereka memberikan satu lagi bukti di mana Southgate membina sebuah pasukan yang berupaya mencabar kejuaraan selepas bertahun-tahun hambar walaupun gah dari segi nama.

Southgate dan pemainnya sudah mengubah tanggapan tentang pasukan England, yang sentiasa hambar pada kejohanan sebenar sebelum Piala Dunia 2018 dan kemenangan Ahad lepas sememangny­a menggembir­akan penyokong.

“Apa yang paling menggembir­akan apa maknanya kepada penyokong. Saya sudah agak lama tidak mendengar sorakan gemuruh di Wembley seperti hari ini sejak bertahun-tahun,” kata beliau.

“Kami memberikan pe- nyokong kenangan manis tahun ini. Tenaga (sorakan) itu kembali kepada pasukan apabila mereka memerlukan­nya hari ini.”

Penampilan England di separuh akhir UNL, yang akan berlangsun­g di Portugal tahun hadapan, menawarkan satu lagi peluang untuk melangkah ke final pertama kejohanan antarabang­sa sejak 1966. Selepas kemenangan

3-2 ke atas Sepanyol di Sevilla bulan lepas, kejohanan UNL merupakan satu bukti serius hasrat England di mana mereka akan memulakan tahun 2019 dengan jangkaan tinggi.

“Kami tahu di mana kedudukan kami. Kami belum sempurna tetapi kami meningkat,” kata Southgate. “Secara perlahanla­han, kami mula menewaskan pasukan kuat. Kami sudah

- Gambar Reuters belajar begitu banyak tahun ini, kerana anda harus menghampir­i kesempurna­an untuk menewaskan pasukan hebat ini.”

Walaupun menguasai separuh masa pertama, England ketinggala­n pada minit ke-56 apabila Kramaric diberi ruang untuk melakukan tendangan, yang dengan bantuan terkena pemain England, Eric Dier, melambung melepasi penjaga gol Jordan Pickford.

Tetapi England tidak cemas dan mengikat kedudukan pada minit ke-78 dari tolakan Lingard selepas hantaran jauh Joe Gomez sebelum menjaringk­an gol kemenangan pada mini tke-85 apabila tendangan percuma Ben Chilwell disempurna­kan Kane.

Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic mendakwa pasukannya menerima kesan selepas menewaskan Sepanyol Khamis lepas.

“Ia adalah sukar untuk bangkit selepas perlawanan menentang Sepanyol. Kami tidak memiliki skuad yang besar,” kata beliau.

“Dalam 15 minit terakhir, kami hilang fokus, yang mungkin kerana keletihan.”

Merujuk kepada lagu kegemaran penyokong England, Dalic merasakan England bakal mencapai potensi mereka.

“Mereka mempunyai pasukan yang muda dan pantas. Ia (kejuaraan) akan pulang tidak lama lagi!” kata Dalic. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? PENYERANG muda England Marcus Rashford (tengah) cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Croatia Dejan Lovren (kiri) dan Tin Jedvaj (kanan).
PENYERANG muda England Marcus Rashford (tengah) cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Croatia Dejan Lovren (kiri) dan Tin Jedvaj (kanan).
 ??  ?? HARRY Kane meraikan gol jaringanny­a yang juga gol kemenangan untuk England menewaskan Croatia 2-1. - Gambar Reuters
HARRY Kane meraikan gol jaringanny­a yang juga gol kemenangan untuk England menewaskan Croatia 2-1. - Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia