DUSN Lifestyle tawar pakej percutian hanya RM150
APABILA bercerita atau ingin merancang untuk pergi melancong sama ada di dalam atau luar negeri, sudah pasti akan terlintas dalam fikiran soal perbelanjaan kos melancong yang sangat tinggi.
Apatah lagi, melancong bersama-sama keluarga sudah pastinya memerlukan perbelanjaan yang sangat besar.
Kos perbelanjaan untuk melancong merupakan punca utama yang akhirnya rancangan untuk melaksanakannya bersama keluarga terpaksa dibatalkan atau ditangguh.
Berbeza dengan Syarikat De United Social Network atau lebih dikenali sebagai DUSN Lifestyle Sdn Bhd yang hanya menawarkan pakej pelancongan serendah RM150 kepada ahli yang melayakkan mereka menyertai trip pelancongan di dalam dan luar negeri.
DUSN Lifestyle mula beroperasi pada tahun 2016 di negara ini yang mana syarikat itu memperkenalkan Program Mylifestyle 100 yang memberi peluang percutian kepada ahli untuk melancong di 12 negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, India, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam, China dan Korea di bawah pengurusan De Nur Fatihah Marketing.
Syarat utama untuk melayakkan menyertai trip pelancongan ini ialah hanya perlu menjadi ahli dengan bayaran sebanyak RM150 serta membawa lima rakan ke Program Mylifestyle 100.
Baru-baru ini, seramai 84 orang telah menyertai trip pelancongan di Pulau Manukan dan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
Menurut Imaculate Lata Francis, salah seorang penyelaras kepada rombongan ke Pulau Manukan, dalam tahun ini syarikat itu telah pun melaksanakan sebanyak 21 percutian di pelbagai negara di mana setiap trip melibatkan seramai 80 hingga 350 peserta.
Katanya, percutian yang berlangsung pada 9-11 November itu merupakan percutian pertama kepada ahli yang layak di peringkat tahap 1 di mana, trip ke Pulau Manukan pada kali ini syarikat telah menaja tiga peserta orang kurang upaya (OKU) dari Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU Kimanis, Papar.
Sementara itu, CEO DUSN Lifestyle Muhamad Shazlan Abdullah berkata walaupun syarikat itu baru wujud pada tahun 2016 namun, penerimaan dan sambutan masyarakat terhadap program berkenaan sangat memberangsangkan.
Katanya, program itu berkongsepkan ‘Member get member’ yang bercirikan Customer Relationship Marketing (CRM).
Syarikat menggunakan kongsep perniagaan korporat kerana di setiap negara mempunyai Country Regional Director, Regional Director, State Director, Panel Syarikat dan penceramah yang membantu urusan pemasaran serta kepentingan ahli.
Selain dapat melancong dengan hanya membayar RM150, para peserta juga akan memperolehi bonus melalui konsep ‘affiliate’ dengan hanya memperkenalkan program itu kepada lima rakan ataupun keluarga sendiri.
“Bagi peserta yang layak untuk melancong, mereka turut diberi skim perlindungan insurans kemalangan selama setahun berjumlah RM20,000.
“Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan program syarikat ini, bolehlah hadir dalam sesi pencerahan pada setiap hari Rabu jam 7.30 petang di Hotel Seri Perkasa Kg Ayer, Kota Kinabalu atau datang sendiri di Pejabat DUSN Lifestyle Sdn Bhd Cawangan Tamparuli dan Pejabat DUSN Lifestyle Sdn Bhd Cawangan Sandakan,” katanya.