Utusan Borneo (Sabah)

Tun M beri impak pada APEC

Perdaganga­n bebas dan ekonomi digital Ketua Setiausaha MOEA enggan ulas penggabung­an Felda-Felcra

-

PORT MORESBY (Papua New G u i n e a ): Kemunculan semula luar biasa Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia dan tokoh negarawan yang memperjuan­gkan nasib ekonomi kurang membangun dan membangun pada peringkat pelbagai hala, ternyata memberi impak.

Kehadirann­ya pada Mesyuarat PemimpinPe­mimpin Ekonomi atau AELM pada Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-16 di sini pada hujung minggu lepas telah membawa banyak manfaat kepada negara membangun dengan beliau berterusan menyuaraka­n pendirian tegas Malaysia bagi perdaganga­n bebas dan adil.

AELM terakhir yang dihadiri Dr Mahathir adalah pada 2003 di Bangkok yang ketika itu beliau ialah perdana menteri keempat.

Dr Mahathir menegaskan perdaganga­n bebas atau dunia globalisas­i akan terus kekal kerana idea itu berasal daripada ekonomi maju yang terpengaru­h oleh perbadanan multinasio­nal dengan pengeluara­n berskala besar.

Sehubungan itu, beliau berkata APEC perlu menggalakk­an konsep berkongsi kemakmuran dalam kalangan negara anggota dengan kata-kata hikmah, “Makmurkan jiran anda” dan bukan “jadikan jiran anda pengemis”.

Selaras dengan objektif tahun ini untuk menangani langkah akan datang bagi ekonomi digital, Dr Mahathir berkata konsep menangmena­ng dalam kalangan anggota APEC merupakan satu-satunya cara untuk menentukan hala tuju masa depan bersama dan inklusif dalam era disruptif.

Berucap pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC di atas sebuah kapal layar mewah di Pelabuhan Fairfax di sini pada Sabtu, beliau berkata untuk kelangsung­an dalam era revolusi industri keempat (Industri 4.0), dasarnya perlu memastikan teknologi dapat diakses dan mampu kepada rakyat.

Pada masa sama, dasar itu juga perlu menjaga kebajikan ‘pihak yang kerugian’ seperti kedai batu-bata dan lepa, pemandu teksi dan hotel kecil.

Sementara negara membangun perlu membina kapasiti mereka sendiri bagi mendepani era disruptif menerusi kerjasama di peringkat antarabang­sa mengenai bagaimana cara terbaik untuk menguruska­n gangguan teknologi.

Idea Dr Mahathir itu turut disokong oleh Perdana Menteri Papua New Guinea Peter O’Neill yang menggalakk­an komuniti perniagaan Asia Pasifik melabur dalam infrastruk­tur yang akan meningkatk­an akses digital, pemacu penting bagi pertumbuha­n inklusif.

O’Neill berkata pelaburan perlu digalakkan untuk menawarkan akses Internet yang efisien, boleh dipercayai dan pada harga lebih mampu.

Pada pertemuan dengan Gabungan Perniagaan ASAPEC, Dr Mahathir mengakui sumbangan besar firma AS terhadap pembanguna­n Malaysia, dengan menjadi antara yang pertama memberi respon s terhadap gesaan negara bagi pelaburan langsung asing (FDI) dan membuktika­n nilai-nilai Malaysia baharu sebagai demokrasi matang yang menjunjung kedaulatan undang-undang.

Pada Pemukiman Pemimpin, Perdana Menteri menegaskan kepentinga­n pendidikan dalam era teknologi dan bahawa memahami asas teknologi adalah penting untuk menguasai Kecerdasan Buatan dan aplikasiny­a.

Pada akhir sidang kemuncak itu pada Ahad, Dr Mahathir menyatakan beliau perlu membaca lebih banyak tentang APEC selepas “berjauhan” selama 15 tahun lepas.

Dengan berakhirny­a Sidang Kemuncak APEC 2018 di Papua New Guinea, tuan rumah akan datang ialah Chile pada 2019 dan Malaysia pada 2020.

Pada ketika berita ini ditulis, pernyataan bersama bagi Sidang Kemuncak APEC 2018 masih belum dikeluarka­n.

Percanggah­an pendapat terhadap pernyataan akhir itu disebabkan oleh “gergasi besar dalam bilik” yang O’ Neill dilaporkan merujuk kepada AS dan China, yang mendominas­i agenda Sidang Kemuncak itu dengan pertikaian perdaganga­n mereka dan pertikaman lidah.

Beliau berkata keduadua negara gagal mencapai persetujua­n berhubung pembaharua­n terhadap Pertubuhan Perdaganga­n Sedunia. -Bernama KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen enggan mengulas mengenai cadangan untuk menggabung­kan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (Felda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (Felcra).

“Tidak, tidak, saya tak tahu tentang perkara itu,” katanya semasa ditanya pemberita mengenai cadangan tersebut di luar acara Persidanga­n Perangkaan Malaysia Keenam (MyStats 2018) di sini, pada Isnin.

Menurut laporan daripada sebuah akhbar kewangan mingguan, kerajaan akan membentang­kan Kertas Putih mengenai Felda di Parlimen yang dijangka mengandung­i cadangan untuk memulihkan pengurusan kewangan dan tadbir urus dalam Felda.

Satu daripada cadangan ini adalah kemungkina­n penggabung­an dengan Felcra.

Pada Ahad, semasa Kongres PKR Ke-13, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan akan membentang­kan Kertas Putih di Parlimen pada Disember mengenai penyalahgu­naan dan pengurusan tidak bertanggun­gjawab Felda yang membawa kepada hutang berjumlah lebih RM8 bilion.

Persidanga­n sehari itu yang bertemakan “Menerima Pakai Sains Data dan Analisis bagi Mengukuhka­n Langkah Membuat Keputusan Berdasarka­n Bukti” bertujuan untuk merangsang komuniti perangkaan untuk meneroka bidang sains data dan analisis sebagai instrumen penting dan bermanfaat bagi membuat keputusan yang berdasarka­n bukti. Bernama

 ??  ?? DR MAHATHIR
DR MAHATHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia