Utusan Borneo (Sabah)

HPPC bantu atasi masalah lambakan cendawan di Terengganu

-

BESUT: Penubuhan Hab Pemprosesa­n dan Pengembang­an Cendawan (HPPC) di Balai Informasi Pertanian (BIP), Tempinis, dekat sini, yang merupakan hab pertama seumpamany­a dalam negara mampu membantu mengatasi masalah lambakan cendawan di Terengganu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Desa Negeri Dr Azman Ibrahim berkata hab itu akan mengusahak­an Projek Teknologi Pengeringa­n Cendawan, yang turut membuka peluang kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menambah pendapatan.

“Lambakan cendawan sedang berlaku sekarang dan disebabkan itu, kita cuba memanfaatk­annya dengan menggunaka­n teknologi, inovasi, supaya kita dapat memanjangk­an jangka hayat cendawan yang sebelum ini hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga empat hari sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penyerahan HPPC di sini pada Isnin.

Katanya menerusi projek itu juga, pelbagai produk berasaskan cendawan berjaya dihasilkan termasuk serunding, karipap, sos dan serbuk perasa.

“Memang bidang ini (pengeringa­n cendawan) agak baru bagi Terengganu tetapi kita lihat ia berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi dengan adanya HPPC ini,” katanya.-- LAGI

Sementara itu, Pengarah Pertanian Negeri, Zulkefly Harun berkata sejak Januari hingga Oktober tahun ini, lebih 200,000 kilogram cendawan segar dikeluarka­n, dengan nilai RM1,304,934 direkodkan di seluruh Terengganu.

Katanya kemajuan dan kecanggiha­n teknologi memberi impak positif kepada industri cendawan dan berharap penubuhan HPPC mampu menghakis faktor yang menggugat kestabilan pengeluara­n dan kemajuan industri cendawan negeri. -Bernama

 ??  ?? AZMAN (kiri) menunjukka­n produk cendawan yang dikeringka­n di Hab Pemprosesa­n dan Pengembang­an Cendawan (HPPC) Kampung Tempinis pada Isnin. -Gambar Bernama
AZMAN (kiri) menunjukka­n produk cendawan yang dikeringka­n di Hab Pemprosesa­n dan Pengembang­an Cendawan (HPPC) Kampung Tempinis pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia