Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan suspek ditahan polis

Dipercayai terbabit kegiatan judi 4D haram

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Polis memberkas sembilan individu termasuk enam wanita dan tiga lelaki dipercayai terlibat aktiviti perjudian 4D haram.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebanyak lapan serbuan dijalankan bermula 14 hingga 18 November lepas membabitka­n beberapa kawasan sekitar sini.

Menurutnya, kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 16 hingga 59 tahun termasuk tujuh warga tempatan dan dua warga Filipina.

“Siasatan awal polis mendapati kegiatan perjudian 4D haram ini dijalankan di kawasan lot-lot kedai, kaki lima kedai, lorong-lorong, dan perumahan.

“Antara barangan yang dirampas termasukla­h wang tunai berjumlah RM2,704, 10 buah telefon bimbit dan 38 keping kertas disyaki loteri haram awam,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, dengan tertangkap­nya kesemua suspek berkenaan, pihaknya berjaya membantera­s lapan kegiatan penganjura­n 4D haram dalam tempoh seminggu.

Kes berkenaan jelasnya, disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyampaik­an penghargaa­n kepada orang awam yang tampil menyalurka­n maklumat mengenai kegiatan perjudian terbabit.

 ??  ?? HABIBI (tengah) menunjukka­n rampasan barangan yang digunakan suspek untuk menjalanka­n perjudian 4D haram.
HABIBI (tengah) menunjukka­n rampasan barangan yang digunakan suspek untuk menjalanka­n perjudian 4D haram.
 ??  ?? WANG tunai dan beberapa barangan yang dirampas dalam serbuan terbabit.
WANG tunai dan beberapa barangan yang dirampas dalam serbuan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia