Utusan Borneo (Sabah)

Buruh ladang maut kemalangan motosikal di Lahad Datu

-

LAHAD DATU: Seorang buruh ladang maut selepas motosikal ditunggang­nya bertembung dengan sebuah motosikal seorang remaja lelaki di Jalan Kampung Tanjung Labian, malam Ahad.

Dalam kejadian 10 malam itu, Norizam Husin, 23, maut manakala remaja lelaki berusia 14 tahun cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata lelaki maut itu dipercayai menunggang motosikal secara laju dari arah bandar Lahad Datu menuju ke Jalan Pantai Tanjung Labian dan masuk ke lorong bertentang­an di kawasan jalan selekoh.

“Mangsa tidak perasan terdapat sebuah motosikal tanpa lampu di hadapannya, sehingga menyebabka­n kemalangan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Nasri berkata remaja cedera parah itu dikenali sebagai Muhammad Syah Saphan.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada simati yang gagal mengawal motosikaln­ya sehingga menyebabka­n kemalangan,” katanya dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia