Utusan Borneo (Sabah)

Maritim Malaysia tahan bot muat tong LPG

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot yang membawa lima tong gas petroleum cecair (LPG) di sini pada Sabtu.

Pengarah Maritim Zon Tawau Kapten (M) Romli Mustafa berkata juragan bot itu, lelaki, 25, turut ditahan pasukannya kerana disyaki melakukan perlanggar­an undang-undang.

“Bot terbabit ditahan di perairan Sg Pukul Pulau Sebatik kira-kira jam 6.50 pagi dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Sg Pukul dari arah Jeti Awam Tawau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya di sini pada Isnin, susulan kejayaan pasukan peronda Maritim Malaysia melakukan rampasan dan penahanan suspek terlibat.

Menurutnya, suspek memiliki dokumen pengenalan diri sah, namun tidak mempunyai sebarang permit sah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Berikutan itu, bot dan muatan tong LPT serta suspek dibawa ke Jeti Maritim Malaysia kerana dipercayai melanggar peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 ??  ?? MARITIM Malaysia menahan seorang juragan kerana disyaki membawa tong LPG tanpa permit kebenaran.
MARITIM Malaysia menahan seorang juragan kerana disyaki membawa tong LPG tanpa permit kebenaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia