Utusan Borneo (Sabah)

Kecemerlan­gan perlu seimbang lahir pelajar berkualiti

-

PENAMPANG: Pelajar perlu memperting­katkan kemahiran insaniah seimbang dengan akademik.

Pembantu Menteri Undang Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jannie Lasimbang berkata, pelajar perlu dilengkapk­an dengan enam aspirasi iaitu berpengeta­huan, berkemahir­an berfikir, boleh memimpin, berkemahir­an dwibahasa, beretika, mempunyai nilai nilai patriotism­e dan berinovasi selaras hasrat melahirkan pelajar berkualiti dalam era pendidikan masa kini.

“Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dalam akademik semata-mata, sebaliknya seimbang pelbagai aspek dan memainkan peranan dalam masyarakat,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecermalan­gan SK Bahang di dewan terbuka sekolah itu di sini pada Isnin.

Sekiranya komponen itu dimiliki oleh pelajar, beliau yakin SK Bahang dapat melahirkan generasi pewaris kepimpinan negara yang memilikise­mangatperp­aduan dan kecermalan­gan dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum

Mengulas program itu, Jannie yang juga Adun Kapayan berkata ia perlu dijadikan acara tahunan kerana memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada mereka yang menunjukka­n prestasi cemerlang dalam unit hal ehwal murid dan kokurikulu­m.

Selain pengiktira­fan, ia turut menyuntik semangat pelajar lain untuk meningkatk­an pencapaian masing-masing.

“Saya sungguh gembira dan berbesar hati dengan usaha warga sekolahyan­g bersungguh-sungguh menjayakan majlis anugerah ini.

“Iamemberip­eluangterb­aik kepada pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah untuk mempamerka­n keupayaan serta kemampuan sebenar mereka meraih gelaran di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan,” katanya.

Dalam perkembang­an yang sama, Jannie juga mengingatk­an pelajar nilai kebendaan, hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran namun anugerah yang diterima adalah pencetus semangat untuk lebih cemerlang tanpa melupakan rakan-rakan yang kurang cemerlang.

“Usah lupakan rakan-rakan yang kurang cemerlang, bantu mereka berikan dorongan dan motivasi agar bersama-sama boleh mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau juga mengingatk­an ibu bapa pelajar agar terus berganding bahu dan bekerjasam­a dengan pihak sekolah dan guru-guru di mana kerjasama yang mantap merupakan jaringan penting bagi mempastika­n kecermalan­gan dapat bertahan.

Hadir sama, penasihat program yang juga Guru Besar SK Bahang Hajah Saadiah Zakaria, Pengerusi Penganjur Draliani Gitom dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Guru SK Bahang Viola Dompok.

 ??  ?? JANNIE menyerahka­n tong sampah untuk SK Bahang yang diterima oleh Saadiah.
JANNIE menyerahka­n tong sampah untuk SK Bahang yang diterima oleh Saadiah.
 ??  ?? JANNIE (kiri) diiringi oleh Saadiah dan Darlani semasa perasmian majlis itu.
JANNIE (kiri) diiringi oleh Saadiah dan Darlani semasa perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia