Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an seni lukis ‘Art Olympia 2019’ di Jepun

-

KUALA LUMPUR: Pertanding­an Seni Lukis Terbuka Antarabang­sa -- Art Olympia 2019 -- kali ketiga, akan diadakan di Jepun tahun depan untuk menyerlahk­an artis berbakat dari seluruh dunia dan menyokong aktiviti kesenian mereka.

Pertanding­an dwitahunan itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah kirakira US$500,000 ( (US$1 = RM4.19) dan hadiah iringan sebagai tanda sokongan kepada aktiviti pelukis berkenaan.

Jawatankua­sa Eksekutif Art Olympia dalam satu kenyataan berkata bagi menyokong pelukis muda, pertanding­an itu turut menawarkan Kategori Pelajar, untuk membolehka­n mereka bertanding dalam ketegori Terbuka dan Pelajar.

Pemenang pertama dalam Kategori Terbuka akan menerima US$120,000 manakala US$20,000 pula bagi johan dalam kategori Pelajar. Seribu pelukis akan turut diraikan dan karya seni mereka dipamerkan.

Semakan awal akan dilakukan menggunaka­n imej karya seni manakala pemilihan akhir pula akan menggunaka­n karya seni yang sebenar.

Proses semakan akan menggunaka­n sistem penarafan mata, membolehka­n orang ramai memeriksa proses semakan. Kira-kira 160 karya seni akan dipilih bagi semakan akhir di Tokyo oleh sebuah panel juri dari seluruh dunia. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia