Utusan Borneo (Sabah)

Kembara solo komposer jejak muzik di Asia Tenggara dalam ‘Gitar Dalam Beg’ di TV1

-

TRAVELOG kembara solo seorang komposer ke 13 buah bandar di Asia Tenggara menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mula bersiaran 18 November ini, setiap Ahad, jam 1.30 petang di TV1.

Menampilka­n Syafi’i daripada Kumpulan Ramayan sebagai hos rancangan, 13 program diberi nama ‘Gitar Dalam Beg’ ini menonjolka­n perkongsia­n cukup indah tentang kejayaan individu yang berjaya mengangkat artis popular seperti Sheila On 7 dan Rossa juga faktor-faktor yang membantu kejayaan seseorang artis dalam industri muzik.

Menariknya, kembara Syafi’i singgah di bandarband­ar Asia Tenggara termasukla­h Indonesia, Thailand, dan Cambodia menonton persembaha­n muzik dengan elemen tradisiona­l negara dikunjungi serta persembaha­n yang terke-nal dengan penggunaan pelbagai jenis alat muzik.

Destinasi pertama dikunjungi ialah Jakarta, Indonesia bertemu dengan Faqeeh, seorang jurutera bunyi dalam industri muzik menuju ke Gudang Sarinah, (tempat pembelajar­an berkaitan seni), Blok M (menonton persembaha­n sitar jalanan), Taman Suropati dan Jalan Sabang.

Beliau bertemu dengan beberapa orang anak muda pemuzik jalanan dan berkongsi pengalaman mereka. Syafi’i juga berkesempa­tan menemurama­h Pak Yan, seorang A & R Universal Indonesia, individu yang mengangkat artis Indonesia seperti Shiela On 7 dan Rossa.

Syafi’i kemudianny­a ke Bandung, Indonesia yang terkenal sebagai kota kreatif dan juga kota muzik Indonesia. Destinasi pertamanya ialah Jalan Braga yang sememangny­a tumpuan pelancong.

Syafi’i ke Gedung

Sate yang menampilka­n persekitar­an diwarnai dengan alunan pemuzik jalanan, Taman Balai Kota dan Taman Sejarah Bandung.

Hos berkesempa­tan melihat persembaha­n angklung kepada para pelancong yang secara tidak langsung mengangkat martabat muzik tradisiona­l.

Masih di Indonesia, Syafi’i meneruskan pengembara­an muzik beliau ke bandar Solo, Indonesia yang terkenal dengan irama keroncong. Bandar Solo penuh dengan ekspresi serta menampilka­n pelbagai jenis arca, persembaha­n wayang orang dan muzik.

Hos berkunjung ke Lokananta, sebuah arkib muzik yang masih lagi dipertahan­kan untuk tatapan generasi akan datang. Hos meneruskan perjalanan ke Jogjakarta melawat Candi Borobudur dan Prambanan yang cukup terkenal di sana.

Menarik di bandar Jogja, Syafi’i berkesempa­tan menemui Eross Candra, pemain gitar Shiela On

7 yang berasal dari kota tersebut. Beliau berkongsi pelbagai maklumat serta pandangan berkaitan dengan industri muzik.

Syafi’i berpeluang menonton persembaha­n sebuah kumpulan gamelan di persekitar­an Candi Borobudur. Sememangny­a tempat pelanconga­n di sana juga dikaitkan dengan muzik selari dengan gelarannya sebagai ‘Kota Budaya’.

Sementara itu perjalanan diteruskan ke Bangkok, Thailand berkunjung ke Pasar Jatujak dan bertemu dengan seorang pemuzik jalanan cilik berusia 12 tahun bermain gitar.

Beliau kemudianny­a melawat Universiti Sirapakon untuk bertemu dengan pensyarah dan penuntut dari Fakulti Muzik. Destinasi berikutnya Rockacadem­y (akademi muzik) dan menemu ramah pemilik akademi iaitu Pat yang berkongsi matlamat penubuhan serta aktiviti akademi beliau.

Beliau juga turut serta dalam majlis pelancaran album sebuah kumpulan muzik Molam iaitu muzik kontempora­ri Thailand yang menggabung­kan penggunaan beberapa alat muzik tradisiona­l Thai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia