Utusan Borneo (Sabah)

‘Tambalut Koupsuan Ku’ istimewa dari Ethel untuk yang tersayang

-

ETHELREDA Edward John Ading atau lebih dikenali sebagai Ethel Edward Ading mula menceburi bidang seni suara sejak berumur 8 tahun.

Dia sangat teruja dan gembira apabila rakanrakan­nya bertepuk tangan selepas melakukan persembaha­n pentas pada ketika itu. Semenjak dari hari itu, Ethel akui sering membuat persembaha­n pentas dan menyertai pertanding­an sugandoi di peringkat kampung dan daerah serta membuat persembaha­n di majlis keramaian.

Sekitar tahun 1997, dia menyertai Titian Mesra anjuran RTM Sabah dan lagu yang dibawa ketika itu adalah ‘Menghitung Hari’ tetapi disebabkan kurang dorongan pada ketika itu, dia akui semakin kurang bersemanga­t untuk meneruskan karier dalam bidang hiburan.

Menurut Ethel, lagunya yang bertajuk ‘Tambalut Koupsuan Ku’ menceritak­an tentang rindu dan kasih yang teramat kepada seseorang yang sangat dikasihi.

“Terus terang, saya sangat tersentuh dengan lirik-lirik lagu ini kerana ia mengingatk­an saya kepada ayah yang telah lama pergi,” jelasnya.

Katanya, lagu itu adalah hasil sentuhan karya rakan artis Julie J Tokiu yang mana, ia ditujukan kepada kakaknya yang disayangi. Julie melepaskan rindunya kepada kakaknya yang telah lama pergi dengan menggubah lagu berkenaan.

Ethel yang berasal dari Papar dan kini menetap di Inanam, mengakui pengalaman menyanyi buat pertama kalinya di dalam studio FH Production sangat menyeronok­kan.

“Tidak sangka bahawa impian saya dahulunya kini tercapai dan saya macam tidak percaya,” katanya.

Sungguhpun demikian, dia akui tidak berpuas hati dengan suaranya selepas mendengar semula lagu yang telah siap kerana pada waktu itu tidak begitu yakin ketika merakam suara.

“Saya macam bermimpi. Namun, ramai rakan termasuk di Facebook, Whatsapp dan Instagram memuji serta memberi komen positif kepada lagu ini,” ujarnya.

Anak kelima daripada enam adik-beradik, Ethel yang bertugas di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu sebagai eksekutif jualan bersyukur kepada Tuhan atas segala yang diberikan sepanjang proses persediaan sebelum, semasa dan selepas rakaman.

Menurutnya, dia mengambil masa sejam setiap hari membuat latihan dan mengakui bahawa suami serta keluarga sangat menyokong sementara Julie sebagai pencipta lagu itu banyak membantu di dalam penyediaan dan penghayata­n lagu sehinggala­h siap rakaman.

“Saya berterima kasih kepada semua penyokong dan peminat lagu-lagu tempatan Sabah kerana sering memberi sokongan kepada lagu-lagu tempatan. Saya akan terus mengiburka­n anda semua dengan karya terbaharu di masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia