Utusan Borneo (Sabah)

Rogol berkumpula­n: Dua lelaki diarah bela diri

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Dua lelaki antaranya seorang warga asing diperintah­kan oleh Mahkamah Sesyen di sini, untuk membela diri mereka pada 21 November atas pertuduhan rogol

berkumpula­n.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Sudirman Mahyuddin, 34, dan Kamaruddin Amir yang didakwa mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan.

Dalam penghakima­n berkenaan, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima

facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama dengan seorang yang masih bebas merogol seorang gadis berusia 17 tahun tiga bulan pada waktu kejadian.

Kesalahan dilakukan pada 4 hingga 5 September tahun lalu antara jam 11 malam hingga 6 pagi, di sebuah bilik penginapan, Beaufort.

Jika sabit salah atas pertuduhan terbabit, boleh dikenakan penjara minimum sepuluh tahun dan maksimum 30 tahun.

Sepanjang perbicaraa­n pada peringkat pendakwaan kira-kira 13 saksi dipanggil memberikan keterangan.

Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim melakukan pendakwaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia