Utusan Borneo (Sabah)

Banjir kilat: Empat pusat pemindahan dibuka di Melaka

-

MELAKA: Empat pusat pemindahan sementara dibuka di Alor Gajah susulan banjir kilat selepas hujan lebat melanda sejak 1.30 pagi Isnin yang turut menyebabka­n beberapa kawasan lain di negeri ini dinaiki air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata empat pusat pemindahan banjir yang dibuka itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang, Balai Raya Gadek, SK Lesung Batu dan Balai Raya Kampung Panchor.

“Setakat 12 tengah hari, seramai 73 orang penduduk melibatkan 18 keluarga dari 15 kampung yang terjejas termasuk Kampung Gadek, Tanjung Rimau Luar, Kampung Padang Sebang dan Kampung Bukit Mechat ditempatka­n di pusat pemindahan banjir sementara tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin.

Effendy yang juga Ketua Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata cuaca di seluruh negeri dilaporkan mula cerah, namun paras air di beberapa sungai di daerah Alor Gajah sudah mencapai paras bahaya.

Katanya agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Daerah sedang memantau keadaan dan akan memaklumka­n keadaan dari semasa ke semasa.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia