Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ugut bunuh ibu mahu wang beli dadah

-

ALORSETAR:Polismenah­an seorang lelaki yang bertindak mengacukan pisau dan mengugut mahu membunuh ibunya di Kampung Jeram di Kulim, di sini pada Isnin, kerana wanita itu enggan memberikan wang untuk dia membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam kejadian pada 7 pagi tadi, suspek berumur 19 tahun ketika itu berada di rumah, meminta wang daripada ibunya yang berumur 47 tahun, namun gagal mendapatka­nnya.

“Kemudian berlaku pertengkar­an antara suspek dan ibunya. Suspek yang tidak berpuas hati mengambil sebilah pisau dan mengugut ingin menikam ibunya selain menggunaka­n perkataan kasar hingga menyebabka­n wanita itu ketakutan dan melarikan diri.

Ibunya yang bimbang dengan keselamata­n dirinya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Karangan dan sebaik menerima laporan, polis telah menahan suspek di rumahpadap­ukul10.45pagi,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Katanya, suspek akan direman esok dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia