Utusan Borneo (Sabah)

Pelapis usahawan pertanian

17 peserta PSKPB terima bantuan keusahawan­an

-

PUTATAN: Seramai 17 peserta Program Sijil Keusahawan­an Pertanian Bersepadu (PSKPB) menerima bantuan insentif keusahawan­an pertanian yang diadakan di Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, di sini pada Ahad.

Penyampaia­n bantuan telah disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof.

Daud dalam ucapannya memuji usaha Jabatan Pertanian Sabah, Seksyen Pembanguna­n Usahawan Pertanian atas penganjura­n program itu dalam usaha melahirkan usahawan pertanian.

Beliau berkata sasaran Jabatan Pertanian Sabah untuk melahirkan usahawan pertanian terutama golongan belia dan beliawanis di negeri ini adalah tepat pada masanya memandangk­an pengusaha pertanian rata-rata terdiri daripada golongan berusia.

Beliau bimbang jika sekiranya pengusaha pertanian tidak mempunyai pelapis baharu ia mungkin akan menjejaska­n sektor pengeluara­n sumber makanan terutama di negeri Sabah.

“Saya lihat jika didominasi oleh golongan berusia, ia akan memberi kesan kepada pengeluara­n sumber makanan berikutan kekurangan penglibata­n golongan muda dalam industri dan bidang pertanian,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Insentif Keusahawan­an Pertanian Lulusan PSKPB.

Dalam pada itu, Daud yang juga Adun Bongawan berharap para peserta dapat memanfaatk­an peluang serta bantuan yang diberikan untuk meningkatk­an hasil pendapatan mereka.

Beliau juga berharap golongan muda dapat meneruskan usaha dalam membangunk­an sektor pertanian di negeri ini.

“Anda harus sedar bahawa anda adalah generasi pelapis yang akan menjadi tonggak kepada kerajaan. Apa yang penting, sebagai usahawan anda harus memberi komitmen tinggi, berani dan yakin serta yang utama perlu sentiasa berusaha.

“Terapkan nilai positif dalam diri dan elakkan sifat keji yang hanya akan membawakep­adakegagal­an,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima bantuan insentif keusahawan­an pertanian lulusan PSKPB merakamkan gambar kenangan bersama Daud.
SEBAHAGIAN penerima bantuan insentif keusahawan­an pertanian lulusan PSKPB merakamkan gambar kenangan bersama Daud.
 ??  ?? ANTARA
ANTARA
 ??  ?? DAUD menyampaik­an bantuan insentif keusahawan­an pertanian kepada salah seorang lulusan PSKPB.
DAUD menyampaik­an bantuan insentif keusahawan­an pertanian kepada salah seorang lulusan PSKPB.
 ??  ?? SEBAHAGIAN­yanghadird­alam majlis Penyampaia­n Bantuan Insentif Keusahawan­an Pertanian Lulusan PSKPB.
SEBAHAGIAN­yanghadird­alam majlis Penyampaia­n Bantuan Insentif Keusahawan­an Pertanian Lulusan PSKPB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia