Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak komited bangunkan infrastruk­tur asas

Sokongan berterusan rakyat terhadap GPS akan memudahkan pelaksanaa­n program pembanguna­n: Dr Abdul Rahman

-

LIMBANG: Kerajaan Sarawak komited untuk melaksanak­anpembangu­nan infrastruk­tur asas seperti elektrik, air dan jalan raya di seluruh negeri, kata Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail.

Beliau berkata, sokongan berterusan rakyat terhadap kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memudahkan pelaksanaa­n program pembanguna­n di negeri ini.

“Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg komited seluruh kawasan di negeri ini akan dilengkapi dengan kemudahan asas menjelang 2020 hingga 2025.

“Ini berdasarka­n pendapatan baharu Sarawak yang diperolehi selepas kerajaan negeri mengumumka­n akan mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum,” ujarnya pada Program Jelajah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Kota di Kampung Ipai, pada Sabtu.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi PBB Bukit Kota Mohamad Abu Bakar, Ketua KampungIpa­iLatipYahy­adan Ketua Ranting Kampung Ipai Abdul Rahman@Duraman Tamit.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi, cukai itu tidak akan membebanka­n rakyat di negeri ini.

Beliau menjelaska­n, rakyat perlu mengekalka­n kerajaan negeri sedia ada agar perancanga­n dan proses pembanguna­n tidak terbantut.

“Sarawak sebuah negeri yang luas dan besar, kita belum sampai ke tahap kita sudah dapat sediakan 100 peratus kemudahan infrastruk­tur asas kepada semua kampung di seluruh negeri.

“Namun begitu, kerajaan terus berusaha untuk menyediaka­n kemudahan asas di kawasan luar bandar,” katanya.

Kata beliau, apabila kemudahan asas dilaksanak­an di semua kawasan di negeri ini, rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

“Inilah perjuangan yang dilakukan kerajaan negeri.

“Sebagai pemerintah, kita mempunyai hak untuk menentukan hala tuju masa depan Sarawak dan bukan parti luar yang menentukan masa depan kita,” tegasnya.

Pada majlis itu, beliau menyerahka­n geran peruntukan RM70,000 untuk meneruskan pembinaan dewan Kampung Ipai yang menelan kos keseluruha­n RM370,000 yang kini hampir siap dibina, serta RM3,000 kepada kumpulan hadrah kampung itu.

 ??  ?? LATIP (lima kiri) menyerahka­n cenderamat­a berupa buah-buahan tempatan kepada Dr Abdul Rahman disaksikan tetamu lain pada program itu.
LATIP (lima kiri) menyerahka­n cenderamat­a berupa buah-buahan tempatan kepada Dr Abdul Rahman disaksikan tetamu lain pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia