Utusan Borneo (Sabah)

Kurung haiwan peliharaan untuk elak penularan rabies

-

MUKAH: Penduduk di kawasan Mukah dinasihati untuk mengurung haiwan peliharaan mereka di dalam kawasan kediaman masingmasi­ng bagi mengelak penularan rabies.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo berkata, anjing atau kucing peliharaan tidak harus dilepaskan dan berkeliara­n sehingga dijangkiti rabies yang akhirnya boleh membawa kepada pengakhira­n yang amat menyedihka­n.

“Sila kurung anjing dan kucing peliharaan anda di rumah kediaman masingmasi­ng,” katanya kepada Utusan Borneo pada Sabtu.

Mukah dan Balingian barubaru ini turut diwartakan mempunyai rabies selain beberapa kawasan lain di Sarawak.

Yussibnosh juga menasihati penduduk Mukah agar tidak mendekati haiwan liar terutamany­a anjing dan kucing kerana dikhuatiri membawa jangkitan itu.

“Jika terkena gigitan atau cakaran, tindakan segera harus diambil dengan pergi ke klinik atau hospital berdekatan,” ujarnya.

Pemilik anjing juga dinasihati mendapatka­n suntikan vaksin untuk anjing peliharaan bagi mencegah daripada dijangkiti rabies.

Katanya, pihak Jabatan Veterinar ada menyediaka­n suntikan secara percuma kepada anjing peliharaan di sekitar Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia