Utusan Borneo (Sabah)

Buat kebaikan tanpa ada sempadan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Gunakan keupayaan diri dan lakukan kebaikan tanpa ada sempadan, begitulah pesanan penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Peringkat Negeri Najion Jamil, 61.

Walaupun cacat penglihata­n, namun mantan Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) ini tidak pernah menjadikan kekurangan dirinya itu sebagai penghalang untuk meraih kejayaan.

Anak kelahiran Kampung Tudan Ranau ini bukan sahaja aktif dalam aktiviti bersama persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO), malah beliau juga sangat berbakat dalam bidang penulisan.

Setakat ini, Najion sudah menghasilk­an sebanyak sembilan buah buku berunsur keislaman dan antara karya terkenalny­a termasukla­h buku Bila Ababil Menyerang yang diterbitka­n pada 2010.

"Saya mula menjinakka­n diri dalam penulisan sejak 1982 lagi dan pada waktu itu, bidang penulisan mempunyai peluang yang tinggi untuk golongan kurang upaya.

"Sekarang ini, walaupun kurang aktif menulis saya masih menjalanka­n kerja membantu membuat terjemahan," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1440H/2018, di sini pada Selasa.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin tetamu kehormat yang melancarka­n perasmian sambutan majlis itu. Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Najion berkata, tidak kira sama ada kurang upaya atau tidak, selagi ada kemampuan buatlah sesuatu ikut keupayaan demi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

Katanya, jangan mudah berserah kepada takdir kerana selagi dikurniaka­n akal dan keupayaan gunakanlah ia sebaik mungkin.

Pada masa sama, beliau mengingatk­an ibu bapa yang mempunyai anak golongan kurang upaya supaya tidak membiarkan anak mereka.

"Jangan kurung anak yang kurang upaya tetapi hantarlah ke pusat pendidikan khas supaya bakat dan kemahiran mereka dapat digilap," jelasnya yang mempunyai tiga anak berumur 18 hingga 22 tahun.

 ??  ?? NAJION (kanan) berkongsi kegembiraa­n bersama anaknya selepas menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul.
NAJION (kanan) berkongsi kegembiraa­n bersama anaknya selepas menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia