Utusan Borneo (Sabah)

KETAHUI LANDASAN HARUS DIIKUTI

Juhar ajak umat Islam contohi akhlak mulia Rasullulla­h SAW

-

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mengajak seluruh umat Islam termasuk pemegang tampuk kepimpinan agar mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW demi kelangsung­an pembanguna­n diri, keluarga dan negeri Sabah tercinta.

Juhar berkata umat Islam amat bertuah kerana dikurniaka­n seorang Rasul yang memiliki cinta agung dan sejati serta memberi contoh teladan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk tatacara pemerintah­an yang begitu bernilai.

“Rendah dirilah kepada manusia, duduklah bersama orang-orang miskin, nescaya kamu akan menjadi orang-orang besar di sisi Allah dan kamu akan keluar dari perasaan takbur,” katanya memetik hadis Rasulullah SAW ketika menyampaik­an perutusann­ya pada majlis Perhimpuna­n Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah, di sini pada Selasa.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar.

Terdahlu, Juhar dan isteri serta Shafie menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul bersama kira-kira 10,000 umat Islam dari Avenue Sutera ke Masjid Negeri Sabah.

Menurut Juhar, Rasulullah Muhammad SAW merupakan manusia agung yang menjadi lambang kepada kesempurna­an Islam, bukan sahaja cemerlang dari segi ibadat, sahsiah serta akhlak malah turut terserlah dari sudut kebijaksan­aan dalam berpolitik dan pemerintah­an.

“Islam tidak hanya ingin melahirkan ahli ibadah ('abid) dan ahli 'ilmuan ('Ulama) akan tetapi turut melahirkan ahli politik dan pemerintah mengikut acuan wahyu dan hidayah Allah. Bukan juga ingin melahirkan pemimpin sekadar berjiwa rakyat, akan tetapi lebih dari itu berkemampu­an untuk membimbing rakyatnya.

“Iaitu seorang pemimpin yang mengetahui dengan baik landasan mana yang harus diikutinya selama mana ia memerintah rakyatnya. Dalam setiap keputusann­ya, dipastikan untuk kemaslahat­an rakyat, bukan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pemimpinan yang memiliki kualiti kepimpinan seperti itu akan menyedari bahawa di bawah kekuasaann­ya adalah rakyat namun pada masa sama menyedari bahawa ada Tuhan yang sentiasa memerhati dan menghisab segala tindak tanduknya serta perlakuann­ya.

Katanya kualiti kepimpinan itulah yang telah ditunjukka­n oleh Rasulullah Muhammad SAW dah hasil bimbingan dan didikan Rasulullah, kualiti kepimpinan itu turut diikuti parah sahabatnya termasuk Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.

Pada majlis berkenaan, Juhar turut menyampaik­an Anugerah Maulidur Rasul kepada Datuk Hanan Ramli bagi kategori lelaki dan Ustazah Zubaidah Jammadi bagi kategori wanita manakala Anugerah Khas Maulidur Rasul pula diberikan kepada Najion Jamil.

 ?? Gambar BERNAMA ?? YANG Dipertua Negeri Sabah Tun (Dr) Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan (Dr) Hajah Norlidah RM Jasni bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (empat kiri) dan isteri Darin Seri Hajjah Shuryani Hj Shuaib semasa perarakan Malidul Rasul. Turut sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali (kiri), Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong (lima kiri) serta para menteri Kabinet dan pembantu menteri. -
Gambar BERNAMA YANG Dipertua Negeri Sabah Tun (Dr) Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan (Dr) Hajah Norlidah RM Jasni bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (empat kiri) dan isteri Darin Seri Hajjah Shuryani Hj Shuaib semasa perarakan Malidul Rasul. Turut sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali (kiri), Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong (lima kiri) serta para menteri Kabinet dan pembantu menteri. -
 ?? Gambar BERNAMA ?? TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (tengah) dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (tiga, kanan) berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2018M/1440H di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Selasa. Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kiri) dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (dua, kanan), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (kanan) serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh (kiri). -
Gambar BERNAMA TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (tengah) dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (tiga, kanan) berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2018M/1440H di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Selasa. Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kiri) dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (dua, kanan), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (kanan) serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh (kiri). -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia