Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kutipan cukai

LHDN rayu pembayar berdaftar dan tidak berdaftar laksana tanggungja­wab

- Oleh YAP SIONG HAN

KENINGAU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengadakan Program Khas Tawaran Pengakuan Sukarela kepada pembayar cukai yang berdaftar dan belum berdaftar bagi melaporkan pendapatan mereka bermula pada 3 November ini sehingga 30 Jun tahun depan di semua cawangan LHDN seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Sabin Samitah berkata, pelaksanaa­n program itu berikutan pembentang­an Bajet 2019 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 2 November lalu bagi menggalakk­an pembayar cukai tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan membayar cukai dalam tempoh yang sepatutnya.

“Kita berharap dalam tempoh lapan bulan sepanjang program pengakuan sukarela ini diadakan, kita mintalah kepada peniaga-peniaga dan juga yang makan gaji untuk tampil menyertai program ini.

“Program ini cukup mudah dan membantu pembayar cukai untuk mengemas kini kedudukan cukai mereka,” katanya dalam sidang media sempena lawatan kerja beliau di LHDN Cawangan Keningau, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, usaha itu memperliha­tkan kerajaan dalam proses melakukan pembaharua­n percukaian bagi mengurangk­an ketirisan dan jurang cukai semasa serta meneroka asas cukai baharu untuk meningkatk­an kutipan cukai.

Katanya, selain Malaysia, program khas ini juga dilaksanak­an di negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jepun, Singapura, Indonesia dan banyak lagi.

“Kebaikan melalui Program Khas Tawaran Pengakuan Sukarela ini ialah kadar penalti yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding kadar yang sedia ada.

“Kadar penalti pada program khas ini terbahagi kepada dua fasa iaitu pertama bermula 3 November 2018 sehingga 31 Mac 2019 dengan kadar 10 peratus.

“Sementara fasa kedua bermula 1 April 2019 sehingga 30 Jun 2019, kadar penalti yang dikenakan adalah sebanyak 15 peratus,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini program khas itu telah mendapat perhatian daripada pembayar cukai di negeri ini apabila sebanyak 42 kes telah diterima di peringkat negeri Sabah dengan kutipan cukai dan penalti sebanyak RM7.2 juta.

Katanya, maklumat lanjut berkaitan Program Khas Tawaran Pengakuan Sukarela itu boleh dirujuk pada Garis Panduan Operasi Bil. 1 2018 di laman web rasmi LHDNM (www.hasil.gov.my).

“Kita berharap dalam tempoh lapan bulan sepanjang program pengakuan sukarela ini diadakan, kita mintalah kepada peniagapen­iaga dan juga yang makan gaji untuk tampil menyertai program ini. ” DATUK SERI SABIN SAMITAH Ketua Pegawai Eksekutif

 ??  ?? SABIN (tiga dari kanan) menunjukka­n isyarat baik di depan gegantung yang tertera Tawaran Pengakuan Sukarela.
SABIN (tiga dari kanan) menunjukka­n isyarat baik di depan gegantung yang tertera Tawaran Pengakuan Sukarela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia