Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan di Pasar Umum Sandakan dibaiki segera

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Beberapa kemudahan seperti kipas, kerusi, lampu, tempat cucian dan atap zink serta tempat makan di Pasar Umum Sandakan akan dibaiki segera bagi keselesaan peniaga serta pengunjung.

Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik berkata proses itu akan dilakukan dalam seminggu ini supaya setiap pengunjung dan peniaga berpuas hati dan selesa dengan persekitar­annya.

“Pasar Umum Sandakan merupakan tumpuan orang ramai termasuk pengunjung dari luar Sandakan dan pelancong luar negara yang datang untuk melihat sendiri keunikan produk yang terdapat di situ.

“Kita mahu Pasar Umum Sandakan ini juga dijadikan destinasi pelanconga­n di bandar ini, maka beberapa pembaharua­n perlu dibuat selaras dengan potensinya untuk dijadikan lokasi pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau permasalah­an Tingkat 2 dan 3 di Pasar Umum Sandakan.

Peter Hii berkata mana-mana kemudahan yang melibatkan peruntukan besar akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Perbandara­n Sandakan untuk mendapat kelulusan.

“Usaha kita untuk menyediaka­n perkhidmat­an terbaik dan keselesaan pengunjung sekali gus dapat meningkatk­an pendapatan dan sosio ekonomi penduduk sekitar bandar ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya kemudahan yang baik di pasar ini sudah tentu akan menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong sekaligus mampu meningkatk­an taraf hidup penduduk di Sandakan.

Dalam tinjauan di pasar umum itu, beliau telah menerima pelbagai aduan daripada peniaga mengenai masalah yang mereka hadapi di situ.

“Tindakan yang saya lakukan kemudianny­a memberi arahan kepada pihaknya yang bertanggun­gjawab untuk menyelesai­kan masalah dihadapi peniaga di pasar itu,” katanya.

Peter Hii juga mengingatk­an peniaga di pasar itu agar sentiasa menjaga kebersihan premis mereka untuk menarik lebih ramai pengunjung serta pelancong datang ke pasar itu.

“Kebersihan­tandasawam­dipasar itu juga perlu dititikber­atkan dan semua peniaga serta pengunjung diminta dapat sama-sama menjaga kebersihan tandas awam.

“Semua lapisan masyarakat diminta meningkatk­an kesedaran dan menjaga kebersihan di premis masing-masing bagi membantera­s penularan penyakit berjangkit,” katanya.

 ??  ?? PETER Hii bertemu peniaga di Tingkat 2 dan 3 Pasar Umum Sandakan.
PETER Hii bertemu peniaga di Tingkat 2 dan 3 Pasar Umum Sandakan.
 ??  ?? PENIAGA menunjukka­n tempat cucian kepada Peter Hii.
PENIAGA menunjukka­n tempat cucian kepada Peter Hii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia