Utusan Borneo (Sabah)

Dakwaan peruntukan Mara dipotong separuh tidak benar

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kewangan menafikan dakwaan bahawa peruntukan pembanguna­n luar bandar, terutama untuk Majlis Amanah Rakyat (Mara) dikurangka­n sebanyak separuh dalam Belanjawan 2019.

Menterinya Lim Guan Eng berkata ada pihak menarik perhatian terhadap peruntukan perbelanja­an mengurus Mara sebanyak RM1.3 bilion bagi tahun 2019, yang merupakan penguranga­n sebanyak RM2 bilion berbanding 2018.

“Sebenarnya, perkara ini adalah ekoran perbelanja­an biasiswa dan pinjaman pendidikan Mara sebanyak RM2 bilion dipindah klasifikas­i daripada perbelanja­an mengurus kepada perbelanja­an pembanguna­n, memandangk­an perbelanja­an itu adalah untuk membangunk­an modal insan bumiputera yang merupakan pelaburan jangka panjang untuk pembanguna­n negara.

“Hakikatnya, jumlah peruntukan perbelanja­an mengurus dan pembanguna­n Mara kekal berada di tahap RM3.7 bilion pada tahun 2019,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Lim berkata ada pihak yang mengeliruk­an keadaan dengan membanding­kan peruntukan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM9.5 bilion pada 2018 dengan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) sebanyak RM8.4 bilion untuk tahun 2019.

“KKLW kini dijenamaka­n sebagai KPLB. Perkara ini terbangkit kerana agensi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (Felcra) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang sebelum ini di bawah KKLW, tidak merupakan agensi KPLB kerana dipindah ke kementeria­n lain.

“Selain itu, agensi lain yang terlibat dalam pembanguna­n luar bandar telah dinaikkan peruntukan­nya, sebagai contoh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Peneraju) yang disediakan peruntukan RM90 juta pada tahun 2018 ditingkatk­an kepada RM210 juta untuk 2019 bagi membiayai program meningkatk­an kemahiran belia bumiputera terutamany­a daripada isi rumah berpendapa­tan rendah,” katanya.

Bagi peruntukan pembanguna­n Felda pula, ia dinaikkan daripada RM160 juta pada 2018 kepada RM260 juta untuk 2019 bagi membiayai projek menaik taraf jalan dan penyediaan bekalan air di penempatan Felda, katanya.

Sementara itu, Lim berkata garis panduan Kementeria­n Kewangan adalah supaya kementeria­n dan agensi kerajaan perlu memastikan bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada nilai kerja dalam satu tahun, ditender hanya di kalangan kontraktor bumiputera.

“Pendekatan ini adalah selaras dengan hasrat membangunk­an komuniti perdaganga­n dan perindustr­ian bumiputera yang mampan dan berdaya saing. Di samping itu, kerja yang bernilai di bawah RM200,000 akan kekal dikhaskan untuk kontraktor Bumiputera kelas G1 (atau yang sebelum ini dikenali kelas F) dan dilaksanak­an perolehan secara sebut harga,” katanya.

Katanya kerajaan telah mengumumka­n pelaksanaa­n dasar perolehan kerajaan yang mengutamak­an perolehan secara tender terbuka, baik untuk kontrak khusus untuk kontraktor bumiputera maupun yang terbuka untuk semua.

“Sistem tender terbuka boleh membawa penjimatan yang besar dan membantu mengurangk­an kos perbelanja­an, hutang Kerajaan Persekutua­n dan defisit fiskal. Sekiranya kerajaan Persekutua­n boleh jimatkan 10 peratus dalam perjalanan sistem tender terbuka, ia akan membawa penjimatan berbilion-bilion ringgit setiap tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Lim berkata kerajaan kekal komited dalam memastikan pertanian sebagai sektor ekonomi strategik berikutan sumbangann­ya kepada pertumbuha­n ekonomi negara serta jaminan keselamata­n bekalan makanan negara.

“Sehubungan itu, bantuan subsidi bersasar bagi menjamin sumber pendapatan bagi golongan petani, pekebun kecil, pesawah dan nelayan yang tulen akan terus dikekalkan untuk membendung masalah ketirisan dan penyalahgu­naan atau penyelewen­gan bantuan subsidi yang tersasar supaya kewangan negara tidak dibazirkan oleh pihak yang tidak layak menerimany­a.

“Ini adalah pendekatan subsidi bersasar dilakukan kerajaan demi memastikan kebajikan para petani, pekebun kecil, pesawah dan nelayan yang tulen tidak akan diabaikan dan terus terpelihar­a,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia