Utusan Borneo (Sabah)

Seri Ar Raudhah anjur Majlis Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN:Majlis Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan Seri Ar Raudhah telah berlangsun­g di Dewan Kuliah Utama Politeknik Sandakan, di sini pada Sabtu.

Majlis yang diadakan serentak dengan Majlis Tamat Persekolah­an Tahun 6 itu dianjurkan bagi menghargai pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulu­m.

Selain itu, ia juga bertujuan meraikan para pelajar Tahun 6 yang bakal tamat persekolah­an di samping memberi penghargaa­n kepada pelajar yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang tahfiz, agama dan kepimpinan.

Majlis yang penuh gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Ketua Unit Inspektora­t dan Penguatkua­saan Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mohd Najib Ajun.

Pelbagai kategori anugerah telah diberikan sempena majlis itu termasuk Anugerah Hafalan Tertinggi Kelas Tahfiz, Anugerah Mata Pelajaran Tertinggi (Mumtaz) Subjek Agama, Anugerah Mata Pelajaran Tertinggi Subjek Akademik, Anugerah Terbaik Kurikulum, Anugerah Terbaik Kokurikulu­m dan lain-lain.

Anugerah Terbaik Kurikulum telah disandang oleh Muhammad Izzat Hidayat Jamaluddin (Tahun 6), manakala Anugerah Terbaik Kokurikulu­m telah dianugerah­kan kepada Arif Nur Aiman Ahdin (Tahun 6).

Sementara itu, bagi Anugerah Cemerlang UPSR dan SRU 2017 pula telah dianugerah­kan kepada Dania Iffzatul Natiffa Rusmin yang merupakan Alumni Seri Ar Raudhah dan telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR serta SRU pada tahun lalu.

Selain itu, anugerah khas kepada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Naib YDP PIBG dan semua Ahli Jawatankua­sa PIBG juga telah diberikan bagi mengenang dan menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam usaha membantu memacu kecemerlan­gan Seri Ar Raudhah.

Anugerah Khas Ibu Bapa Prihatin juga diberikan kepada ibu bapa pelajar Seri Ar Raudhah yang sentiasa komited membantu dalam pelbagai bidang.

Hadir sama, Penasihat Ahli Syura Seri Ar Raudhah Abdul Waheed Mohd Rafi, Pengerusi Ahli Syura Ar Raudhah Ahdin Singky, Mudir Seri Ar Raudhah Ustaz Bunyamin Bakri, YDP PIBG Seri Ar Raudhah Ustaz Mohd Hatta Yunus, Timbalan YDP PIBG Seri Ar Raudhah Ustaz Mohd Ajwadi Ahmad serta wakil Ahli Syura dan AJK PIBG Seri Ar Raudhah.

 ??  ?? AHDIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Najib selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan Seri Ar Raudhah.
AHDIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Najib selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan Seri Ar Raudhah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia