Utusan Borneo (Sabah)

Bekerjasam­a laksana aktiviti penyelidik­an

FSSA UMS meterai LoI bersama CIFOR Indonesia

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatan­gani surat hasrat (LoI) bersama Pusat Penyelidik­an Perhutanan Antarabang­sa (CIFOR) Indonesia.

Dekan FSSA Prof Dr Baba Musta berkata, LoI yang dimeterai itu akan menguatkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan sains perhutanan, pendidikan dan kerjasama penyelidik­an.

“Menerusi LoI ini, kedua-dua pihak berhasrat untuk bekerjasam­a dalam membangunk­an aktiviti penyelidik­an bersama, mencari pembiayaan penyelidik­an untuk membiayai penyelidik­an kolaborati­f, pembanguna­n, latihan dan perkongsia­n maklumat untuk bidang kepentinga­n bersama,” katanya pada majlis menandatan­gani LoI yang berlangsun­g di sini.

Beliau berkata, kerjasama penyelidik­an itu juga merangkumi isu perubahan landskap luar bandar dan penghijrah­an serta sumbangan hutan dalam penyesuaia­n iklim.

Selain itu katanya, kerjasama itu akan merangkumi penyelidik­an mengenai pengurusan hutan, perhutanan sosial, kebakaran serta jerebu. Ia juga melibatkan penyelidik­an mengenai perkhidmat­an alam sekitar hutan dan pengurusan hutan lestari.

Baba berharap LoI itu dapat dikembangk­an kepada memorandum persefaham­an (MoU) atau memorandum perjanjian (MoA) dalam masa terdekat.

“Kejayaan ini nanti akan membawa faedah bersama di antara kedua-dua pihak. Saya turut dimaklumka­n bahawa pelajar kami pada masa ini turut terlibat dengan projek CIFOR-SASOF (Kerja Perhutanan Sosial Sabah) mengenai perubahan politik, perubahan iklim dan kesannya terhadap penduduk tempatan di Sabah,” katanya.

Upacara menandatan­gani dokumen LoI itu turut disaksikan oleh para peserta Bengkel Kajian Sosial Fasa 2 yang dianjurkan oleh CIFORSASOF­dengankerj­asamaFSSA yang terdiri daripada pelbagai organisasi di bawah SASOF seperti Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, Pacos, FSSA dan JOAS.

“Menerusi LoI ini, kedua-dua pihak berhasrat untuk bekerjasam­a dalam membangunk­an aktiviti penyelidik­an bersama, mencari pembiayaan penyelidik­an untuk membiayai penyelidik­an kolaborati­f, pembanguna­n, latihan dan perkongsia­n maklumat untuk bidang kepentinga­n bersama. ”

PROF DR BABA MUSTA Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA)

 ??  ?? BABA (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu lain pada majlis itu.
BABA (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu lain pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia