Utusan Borneo (Sabah)

Rozman ketuai Warisan Labuan persiap lawatan Ketua Menteri Sabah

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Haji Isli pada Ahad mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankua­sa penyelaras Parti Warisan Sabah Labuan dan ketua-ketua pusat daerah mengundi (PDM) parti itu di sini.

Pertemuan itu adalah bagi membincang­kan pelaksanaa­n pelbagai program termasukla­h persiapan menyambut lawatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di pulau ini.

Dalam melaksanak­an program, Rozman meminta kepada semua penggerak Warisan di sini agar menyatukan tenaga demi satu tujuan iaitu memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

“Kita perlu menyatukan tenaga untuk bekerja sebagai wakil kerajaan dalam memastikan semua kemudahan yang diusahakan kerajaan sampai kepada golongan sasaran,” katanya.

Beliau yang menyertai Warisan dua bulan lalu mengajak semua penggerak Warisan di sini agar memahami situasi perkongsia­n kuasa dalam kerajaan yang ada sekarang dan melaksanak­an peranan mengikut kapasiti yang ada.

Malam sebelumnya, Rozman menjadi tetamu kehormat menyaksika­n perlawanan persahabat­an bolasepak di antara Wira Warisan Labuan dan Penampang di padang sintetik kompleks sukan di sini.

Mesyuarat pada Ahad merupakan pertemuan kedua beliau dengan kalangan penggerak Warisan Labuan yang terdiri daripada jawatankua­sa penyelaras dan ketua-ketua 17 PDM parti itu.

Hadir sama dalam pertemuan itu ialah mantan calon Warisan Labuan PRU14, Nor Halim Haji Zaini.

 ??  ?? ROZMAN selepas menyaksika­n perlawanan persahabat­an bolasepak antara Wira Warisan Labuan dan Penampang.
ROZMAN selepas menyaksika­n perlawanan persahabat­an bolasepak antara Wira Warisan Labuan dan Penampang.
 ??  ?? ROZMAN dalam pertemuan dengan penggerak Warisan Labuan.
ROZMAN dalam pertemuan dengan penggerak Warisan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia