Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Airports pulihara terumbu karang untuk ‘kayakan’ komuniti Langkawi

-

LANGKAWI: Pemulihara­an terumbu karang di perairan Langkawi menjadi fokus Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) di sini.

Seramai 27 warga kerja Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi (LTAL) bertindak sebagai Sukarelawa­n Skuad Ceria Malaysia Airports diketuai Pengurus LTAL Jefry Ramli terlibat melaksanak­an projek penggayaan komuniti itu.

“Projek pemelihara­an dan pemulihara­antersebut­menyasarka­n untuk membiak tunas terumbu karang di perairan Pulau Jemuruk yang terletak lebih kurang 32 minit perjalanan bot dari kedudukan LTAL,” jelas Malaysia Airports mnerusi satu kenyataan yang diterima Bernama di sini pada Selasa.

Para sukarelawa­n Skuad Ceria ini turut disertai dua orang petugas Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA), tiga orang guru dari Maktab Rendah Sains Mara Langkawi, seorang penyelam dan dua pengendali bot dalam projek itu.

Penyelam yang terlibat akan mengambil terumbu karang halia di dasar laut sebelum para peserta program memotongny­a kepada saiz di antara lima dan lapan sentimeter.

Terumbu karang yang sudah dipotong kepada saiz kecil itu kemudianny­a diikatkan kepada satu kit khas sebelum diturunkan kembali ke dasar laut menggunaka­n sangkar atau tukun tiruan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata terumbu karang merupakan habitat yang membolehka­n spesies ikan membiak dan membekalka­n sumber makanan kepada manusia.

“Malaysia Airports terpanggil untuk turut sama dalam meningkatk­an kesedaran awam tentang kepentinga­n memulihara ekosistem ini supaya rantaian bekalan makanan dapat dikekalkan,” katanya dipetik kenyataan itu.

Beliau berkata Malaysia Airports mempunyai perancanga­n untuk meneruskan program ini sebagai acara tahunan bagi memastikan hidupan yang terancam dapat terus dipelihara.

“Kami percaya kami dapat menyumbang­kepadakese­imbangan ekosistem dan landskap lautan secara semulajadi kerana terumbu karang tersebut bakal menggalakk­an pertambaha­n populasi ikan,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia