Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat diseru elak pertelingk­ahan, amal sifat menghormat­i

-

KUANTAN: Rakyat di negara ini diseru mengelakka­n pertelingk­ahan dan sentiasa hormat menghormat­i dan menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah Malaysia dibina atas persetujua­n, persefaham­an dandasarko­mpromisosi­alpolitik yang unik dengan keunikan itu sendiri telah diperkenan oleh raja-raja Melayu bagi membentuk sebuah negara yang merdeka.

“Iakemudian­telahdinya­takan dengan jelas dalam pelbagai peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n. Bagaimanap­un hari ini terdapat segelintit rakyat yang mahu mengubah landskap sosial politik yang unik ini melalui penerimaan dasar kesaksamaa­n fahaman Barat.

“Dasar ini telah dirangka oleh orang asing yang tidak mengambil kira keunikan, kepelbagai­an, kesucian agama Islam dan sensitivit­i rakyat serta kedaulatan raja-raja Melayu,” titah baginda

Baginda bertitah demikian ketika di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 di sini pada Selasa.

Turut berangkat Tunku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dan Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankua­saHalEhwal­Agama, Pendidikan dan Kesihatan Negeri Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Tengku Abdullah bertitah Malaysia telah dibangun dan menempuh pelbagai cabaran dengan acuan tersendiri dan dasar kompromi sosial politik yang ada pada masa kini telahpun dipersetuj­ui oleh semua kaum sehingga menjadi tunjang perpaduan serta keharmonia­n kepada negara selama ini.

“Nasihat saya ambillah iktibar dari sirah Rasulullah yang sentiasa mempamerka­n kepimpinan dengan misi dan wawasan dalam setiap tindakan serta pembaharua­n yang dilakukan baginda.

“Saya khuatir sebarang pembaharua­n dan perubahan kepada dasar sosial politik negara tanpa melakukan kajian yang mendalam hanya akan mengundang mudarat yang tidak berkesudah­an,” titah baginda.

Dalam masa yang sama Tengku Abdullah turut menyeru pemimpin pada masa kini supaya mencontohi sifat dan kepimpinan yang ada pada Rasulullah yang tidak tidak pernah putus asa menyantuni umat pada waktu itu tanpa mengira agama dan darjat walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian getir.

“Rasulullah seorang nabi yang sentiasa menyantuni umat, sentiasa tersenyumm… baginda memiliki wajah lembut sehingga sesiapa melihat merasa tenang, maka tidak hairanlah mengapa kaum kafir Quraish mengelak untuk melihat wajah bagida,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia