Utusan Borneo (Sabah)

Tiada paksaan untuk memeluk agama Islam: Annuar

-

SIBU: Tiada sesiapa dari kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini yang dipaksa memeluk agama Islam, kata Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee.

Beliau berkata masyarakat Islam sentiasa menghormat­i hak penganut agama lain mengamalka­n kepercayaa­n agama masing-masing.

“Justeru dakwaan kononnya masyarakat beragama lain dipaksa memeluk agama Islam adalah adalah tidak benar dan fitnah semata-mata kerana Islam merupakan agama yang mementingk­an keamanan.

“Masyarakat Islam adalah masyarakat mudah mesra, mementingk­an persaudara­an, keharmonia­n dan paling penting keamanan sejagat,” tegas beliau semasa berucap pada Perhimpuna­n dan Perarakan SambutanMa­ulidur Rasul peringkat Bahagian Sibu pada Selasa.

Kira-kira 7,000 orang mewakili 69 kontingen dari jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, swasta, sekolah menengah dan rendah, institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan menyertai upacara perhimpuna­n serta perarakan itu.

Sehubungan itu, Dr. Annuar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menyeru masyarakat Islam di Sibu supaya terus mengekalka­n perpaduan antara mereka demi kepentinga­n dan kemajuan pada masa hadapan.

“Tidak kira apa fahaman atau perbezaan pendapat, masyarakat Islam perlu mengetepik­annya dan sentiasa terus bersatu padu,” katanya.

Turut hadir ialah Residen Bahagian Sibu, Charles Siaw, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia